Seorang wanita yang dalam tempoh berpantang selepas melahirkan anaknya lebih sebulan lepas ditemui maut di sebuah rumah di Kampung Beris Panchor, Bachok ptang semalam.
Kejadian tersebut berlaku kira-kira jam 6 petang di mana mangsa berusia 35 tahun itu ditemui dengan pisau pemotong sayur tertusuk pada lehernya.
Menurut adik mangsa, dia berasa curiga dan mengintai untuk menyiasat namun terkejut selepas ternampak kakaknya berlumuran darah lalu terus memecahkan pintu bilik dengan segera.
Ibu mangsa, Zuraizah Mat, 58, berkata sebelum kejadian dia berada di ruang tamu dan mangsa datang menyerahkan bayinya berusia 36 hari untuk dijaga seketika.
Baru bercakap dengan suami
Ketika itu, dia memberitahu mahu bercakap di telefon dengan suaminya yang kini berada di Kedah bersama tiga anaknya yang lain.
Menantu (suami mangsa yang berada di Kedah) turut terkejut dengan kejadian itu kerana mereka baru sahaja selesai bercakap di telefon.”
Dia kemudian meminta anak bongsunya berusia 23 tahun memanjat tangga untuk mengintai dan ternampak mangsa dalam keadaan terbaring berlumuran darah.
Zuraizah berkata, anaknya itu dipercayai mengambil pisau di stor luar rumah dan masuk ke bilik tidur sebelum mengunci diri.
Katanya, ketika ditemui mangsa masih bernyawa sebelum dia mencabut pisau berkenaan dan meminta ahli keluarga membawanya ke Klinik Kesihatan Beris Panchor.
Zuraizah berkata, anaknya itu dipercayai mengambil pisau di stor luar rumah dan masuk ke bilik tidur sebelum mengunci diri.
Saya terpaksa bagi menantu bercakap dengan doktor untuk sahkan anak saya sudah meninggal dunia kerana dia tidak percaya.”
Jelasnya, mangsa banyak mengadu sakit pada bahagian perut dan dinasihatkan oleh doktor untuk ambil ubat namun sejak pulang dari hospital dia seperti tertekan.
Sementara itu, Ketua Polis Daerah Bachok, Superintendan Mohamad Ismail Jamaluddin berkata siasatan sedang dijalankan dan setakat ini ia terarah kepada mangsa menikam diri.
Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.