(VIDEO) “Sayang Diri Tu Datin..” – Masih Berpantang, Isteri Aliff Syukri Hadir Majlis Iftar Bawa Anak Ke-6

Hiburan

(VIDEO) “Sayang Diri Tu Datin..” – Masih Berpantang, Isteri Aliff Syukri Hadir Majlis Iftar Bawa Anak Ke-6

Isteri kepada usahawan terkenal Datuk Seri Aliff Syukri, Datin Seri Shahida semalam telah mencuri perhatian warga maya apabila dia dilihat menghadiri majlis Iftar DHerbs bersama suami dan anak-anak mereka di sebuah lokasi.

Difahamkan, kehadiran Shahida adalah untuk menunaikan ‘janji’ meskipun dia kini berada dalam keadaan berpantang.

Advertisement

Demi janji saya pada semua staff, saya gagahkan diri juga untuk datang ke Majlis Iftar Dherbs walaupun baru berpantang hari ke-7.

Kalau ikutkan badan memang tak larat tapi apabila melihat kegembiraan mereka bila dapat bonus terubat sikit penat.

Menjengah ke ruangan komen, perkongsian wanita itu mendapat pelbagai reaksi daripada netizen apatah lagi melihatkan anak ke-6 mereka turut sama hadir pada malam itu.

Ramai yang meninggalkan nasihat supaya Datin Shahida berehat di rumah dan lebih ‘menyayangi’ diri sendiri.

Namun, ada juga yang memuji kecantikan asli wanita itu yang terlihat jelita meskipun baru sahaja melahirkan anak.

Terdahulu, pasangan usahawan ini telah menyambut kelahiran anak ke-6 iaitu bayi lelaki yang diberi nama Luqman Al-Hakim pada 3 April lalu.

Bad Indigo
1 year ago

"Nampak Sangat Tak Wujud.." - Bad Indigo Dikecam Sering Tayang Kekasih Di IG, Netizen Syak Kena 'Catfish'

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...