“Nampak Sangat Tak Wujud..” – Bad Indigo Dikecam Sering Tayang Kekasih Di IG, Netizen Syak Kena ‘Catfish’

Hiburan

“Nampak Sangat Tak Wujud..” – Bad Indigo Dikecam Sering Tayang Kekasih  Di IG, Netizen Syak Kena ‘Catfish’

Penyanyi Bad Indigo menafikan dia ‘berlumba-lumba’ menunjukkan kebahagiaan di media sosial bersama kekasih baru hanya kerana ingin ‘bersaing’ dengan bekas isteri, penyanyi Ashira.

Kata Bad atau nama sebenarnya Badrul Izhan Yeop Abdullah, 48, kekasihnya itu bukan juga sekadar ilusi dan merupakan rakan sekerjanya.

Advertisement

Kita kongsi untuk kawan-kawan dalam media sosial. Saya pun ada pengikut juga. Tapi kenapa ya warganet tak puas hati dan nak bahankan saya sangat.

Kata saya dah tua, ingat mati, cacat dan menyusahkan orang. Apa yang sampai cakap begini. Memang tak faham.

Berikutan dirinya sering dikecam netizen dengan dakwaan ‘tidak sedar diri’ dan bercinta dengan kekasih tidak wujud, Bad mengakui dirinya sedih apabila dilemparkan dengan kata-kata seperti itu.

Mereka tak boleh tahan, tetap nak tengok juga. Macam saya dah dilatih untuk tak melayan. Saya sedih juga bila emak sendiri keluar kat komen jangan risau, Mami tahu dia wujud.

Dia juga kini sedang cuba untuk mengurangkan hantaran mengenai kekasih yang dikenali sebagai RDM itu di media sosial.

Tambah Bad, dia juga sudah tidak mengikuti media sosial bekas isteri kerana sudah membawa haluan masing-masing dalam kehidupan.

“Saya nak tegaskan apa yang dibuat bukan untuk menyaingi bekas isteri, Ashira kerana kami tidak mengikuti sesama sendiri di media sosial. Kami tak pernah tahu cerita satu sama lain” ujarnya lagi.

iqbal menyusu video viral
1 year ago

"Nak Tonjol Sisi Nakal" - Iqbal Mohon Maaf Isu 'Menetek' Bayi Sambil Pakai Telekung

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

SUMBER : Cari Forum

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...