Wani Kayrie Akui Guna Tempoh Kuarantin Untuk Dekatkan Diri Dengan Allah SWT

Hiburan

Wani Kayrie Akui Guna Tempoh Kuarantin Untuk Dekatkan Diri Dengan Allah SWT

Penyanyi Wani Kayrie yang tamat tempoh kuarantin kendirinya hari ini, mengakui dia menggunakan tempoh 10 hari tersebut untuk muhasabah diri menjadi insan lebih baik.

Wani Kayrie
2 years ago

Alami Simptom Yang Menyakitkan, Wani Kayrie Disahkan Positif COVID-19

Advertisement

Menurut Wani, dia cuba mencari solusi terbaik untuk sentiasa berfikiran positif meskipun emosinya sedikit terganggu pada awal tempoh kuarantin.

Selama 10 hari berada di bilik untuk menjalani kuarantin saya akui sedih sebab tak dapat nak keluar bekerja.

Wani turut memberitahu bahawa macam-macam perkara bermain di fikirannya terutama perkara membabitkan hal kerja kerana dia memang seorang yang suka bekerja.

Namun begitu, Wani memaklumkan yang dia cuba memanfaatkan tempoh 10 hari kuarantin tersebut dengan mengulang kaji pelajaran kerana dia bakal menduduki peperiksaan akhir pada Januari depan.

Tambah Wani, dia juga mengambil peluang tersebut untuk perbaiki diri dengan memperbanyakkan ibadah kerana dia terlalu sibuk sebelum ini sehingga kurang masa untuk dekatkan diri dengan Allah SWT.

Wani Kayrie

Wani turut memberitahu yang dia menganggap apa yang berlaku itu adalah hikmah dan peringatan daripada Allah supaya dia mengambil masa rehat seketika untuk muhasabah diri dan menjadi insan lebih baik.

Dalam pada itu, Wani juga sangat bersyukur apabila seluruh ahli keluarganya tidak dijangkiti virus tersebut dan mereka berada di dalam keadaan yang baik.

Sekadar info, Wani disahkan positif Covid-19 pada 5 Disember lalu selepas mengalami demam panas, sakit kepala, batuk, selesema dan juga sakit tekak.

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...