Terkini, wanita yang berdepan dengan dakwaan menghina agama Islam semasa membuat komediri di sebuah kelab komedi terletak di Taman Tun Dr Ismail (TTDI) dikatakan mampu untuk membayar wang ikat jamin selepas berjaya mengumpul wang dana daripada orang awam.
Menurut peguam belanya, R Sivaraj, sehingga kini sebanyak RM15,000 wang sumbangan dana yang sudah dikumpul dah berasa yakin jumlah terbabit akan mencecah hingga RM20,000.
Ramai yang memberi sumbangan dan ada yang menawarkan untuk membayar yuran guaman Siti Nuramira Abdullah.
Memetik dari laporan Berita Harian, pasukannya juga telah dihubungi oleh penderma dari seluruh dunia yang berminat untuk memberi sumbangan terhadap perjuangan wanita terbabit di sisi undang-undang.
Dalam pada mendapat sambutan baik sumbangan daripada orang ramai, peguam terbabit memberitahu akan memulangkan semula wang yang dibiayai orang ramai sebaik sahaja kes terbabit selesai.
Sekadar info, wanita bernama Siti Nuramira mengaku tidak bersalah atas pertuduhan mengikut Seksyen 298A Kanun Keseksaan kerana telah menimbulkan rasa tidak harmoni dikalangan masyarakat beragama Islam.