Bayaran Ikat Jamin RM40K, Pasangan ‘Pelawak’ Hina Agama Islam Mohon Bantuan Dana Awam

Berita

Bayaran Ikat Jamin RM40K, Pasangan ‘Pelawak’ Hina Agama Islam Mohon Bantuan Dana Awam

Susulan kontroversi yang dilakukan oleh pasangan kekasih di sebuah pusat kelab komedi baru-baru ini melibatkan isu penghinaan agama Islam, mereka telah pun ditahan dan disebabkan itu, mereka memohon dana awam (crowfunding) untuk mengikat jamin mereka sebanyak RM40,000.

Menurut peguam R Sivaraj, wanita bernama Siti Nuramira Abdullah dan kekasih, Alexander Navin Vijayachandran terpaksa melakukan kaedah tersebut kerana kekurangan wang untuk membayar wang ikat jamin yang tinggi.

Advertisement

Mereka ada simpanan dalam bank, tetapi mereka di penjara, jadi mereka tidak dapat akses kepada akaun masing-masing.

wanita hina islam di kelab komedi

Tambahan Sivaraj lagi ketika ditemubual oleh pihak MalaysiaKini, buat masa ini mereka hanya berjaya mengumpul dana sebanyak RM3000 sahaja dan itu hasil sumbangan daripada peguam, NGO serta orang awam yang membantu mereka.

Dalam pada masa yang sama, peguam terbabit berkata mereka sedang mencari platform yang tepat untuk urusan pemulangan semula wang sumbangan penderma yang bermurah hati untuk membantu pasangan terbabit ketika ini.

Sekadar info, wanita ‘pelawak’ ini telah membuat kecoh di sebuah kelab komedi dengan membuka baju secara tiba-tiba dan lebih membuat ramai berasa marah melihatnya kerana sebelum dia membuka baju, dia mengakui dirinya beragama Islam serta menghafaz 15 juzuk Al-Quran.

amy
5 bulan lalu

(VIDEO) "Macam Dia Suka" - Dilihat Senyum Di Mahkamah, Netizen Dakwa Wanita Hina Islam 'Lapar' Populariti?

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

1 Comment

  1. Anonymous

    July 15, 2022 at 6:05 pm

    nice

Tinggalkan Komen Anda Di Sini

Loading...