Sedia maklum, sejak beberapa hari yang lalu hingga ke hari ini kecoh dengan pendedahan pelakon muda, Puteri Balqis mengenai perangai ‘nafsu binatang’ bapanya seperti yang didakwa.
Bagaimanapun terbaharu, seorang lelaki di Twitter telah memaparkan gambar tangkap layar mesejnya bersama bapa Balqis.
Melalui tangkap layar yang dimuat naik, serta kapsyen lelaki terbabit, segala yang disebarkan adalah fitnah dan bapa Balqis akan mengambil tindakan menyaman pihak yang menyebarkan perkara yang tidak betul ini.
amekaw kepada yg RT & sebar fitnah pasal bapak balqis. Nie perbualan aku dgn bapak budak 15 tahun tu pic.twitter.com/ihDsgLblXD
— Kamal Aziz (@kamalazizKinG) September 4, 2022
Dilihat dalam tangkap layar tersebut, lelaki yang disapa sebagai GG itu telah membuat laporan polis.
Menurutnya lagi, dia masih waras untuk berfikir dan tidak akan tergamak melakukan perbuatan terkutuk itu kepada anak kandungnya sendiri.
GG masih waras dan wallahi memang tak terniat atau terfikir GG nak buat dan katakan benda-benda keji itu.
Sekadar info, sebelum ini Puteri Balqis dalam satu sesi podcast telah memberitahu bahawa bapanya telah membuat hidup dia bersama ibu merana dengan perangainya yang suka memukul serta mencabuli.