July 14th, 2015

Susah jugak jadi orang hensem ini. Nasib baiklah Abang Nara tak berapa hensem jadi tak dapatlah merasai apa yang dialami oleh Shukri Yahya ini. Hero drama Dia Isteri Luar Biasa ini sudah pun bertunang dengan Tya Adnan. Kedua-duanya sama cantik dan sama padan. Yang sempoinya Shukri tidak pernah menyorokkan status dirinya yang sudah bertunang. Namun bak kata orang, masa bertunang ini darah memang manis. Shukri Yahya juga tidak terlepas daripada menjadi godaan wanita-wanita di luar sana.

tya adnan shukri yahya

Ini semua adalah ujian untuk menguji kesetiaan Shukri Yahya terhadap bakal isterinya, Tya Adnan. Kalau dugaan sekecil ini tidak dapat dirempuh, macam mana nak harungi dugaan lepas berkahwin nanti. Namun Abang Nara percaya akan orang seperti Shukri ini. Pasti hati Shukri kental dan keras. Dingorat Jennifer Lopez pun tak akan beranjak cintanya. Kata Shukri:-

Saya tidak menyembunyikan status saya sebagai tunangan orang dan itu secara jelas memberikan isyarat saya sudah dimiliki. Godaan dari wanita itu, saya tidak tahu sama ada niat mereka hanya sekadar berkawan atau sebaliknya. Tapi saya selalu fikir positif dan anggap kalau ada wanita nak dekat pun, mereka hanya sekadar menambah kenalan. Saya sendiri mahu terus fokus kerja dan tak mahu fikir perkara remeh temeh sebegini.

Memang belum ke arah itu lagi (berkahwin). Ada rezeki dan jodoh, insya-Allah kami akan kahwin. Saya nak kerja kuat dulu, kumpul harta banyak-banyak. Saya lihat ramai pelakon lelaki di negara kita yang sudah berkahwin tetapi masih kekal diminati. Lihat saja Rosyam Nor, Aaron Aziz, Adi Putra, Izzue Islam contohnya.

Saya percaya pada akhirnya bukan soal status yang menjadi ukuran atau ancaman turun naik fasa kerjaya sebaliknya saya optimis bakat juga yang menjadi pertaruhan. “Saya berharap janganlah nilai saya daripada status. Kalau lakonan kita bermutu dan memberi komitmen terbaik, kelompok yang meminati kita itu akan sentiasa ada. Insya-Allah.

shukri tya

Diharap nanti apabila tiba hari perkahwinan, Shukri Yahya dan Tya Adnan juga tidak akan menyorokkan berita gembira tersebut. Pasangan ini memang sangat ‘sweet’ dan sedap mata memandang. Jangan terpengaruh dengan godaan wanita-wanita lain. Dah cukup cantik dah tunang anda. Bersyukurlah dengan apa yang ada. Tak gitu? Sumber Berita Harian.


Comments are closed.

Loading...