Shukri Yahya Rancang Kahwin Kekasih Tya Adnan Tidak Lama Lagi

Hiburan

Shukri Yahya Rancang Kahwin Kekasih Tya Adnan Tidak Lama Lagi

Mempunyai wajah yang manis dan sering digelar Jericho Rosales Malaysia, Shukri Yahya sudah semakin dikenali. Sedang hangat dengan drama Asam Pedas Untuk Dia, beliau meluahkan hasrat untuk berkahwin dengan kekasih Tya Adnan.

Advertisement

InsyaAllah, kita hanya merancang dan Tuhan yang menentukan. Memang saya merancang untuk berkahwin sama ada hujung tahun ini atau pertengahan tahun depan.

Pertemuan di set penggambaran bersama Tya, telah menimbulkan bibit cinta dan telah berkasih sayang selama tiga tahun.

Sudah tiga tahun saya berkawan dengan dia. Kami berkenalan di lokasi penggambaran. Ketika itu, saya sedang shooting. Dia datang ke set penggambaran dan daripada situlah kami berkawan sehingga ke hari ini.

Mungkin kisah percintaan Shukri Yahya dan Tya Adnan jarang sekali diperkatakan di akhbar ataupun slot hiburan, tetapi sebenarnya mereka sudah cukup dikenali dan popular dikalangan pengikut di Instagram.  Tiga tahun sudah bersama, pasti sudah tahu buruk dan baik pasangan kita, jangan tunggu lama-lama.

Sumber Berita: Malaysian Digest

 

 

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...