Mungkin sekarang ini selebriti lelaki muda seperti Meerqeen, Mierul Aiman, Nadhir Nasar, Aniq Suhair dan ramai lagi menjadi kegilaan gadis-gadis kerana mempunyai rupa paras yang kacak serta berbakat dalam bidang lakonan.
Namun begitu, masih banyak juga selebriti yang sudah melepasi umur 40 tahun tetap mampu menambat hati ramai wanita tau! Jom tengok sama-sama siapakah 5 selebriti lelaki yang sudah berusia tetapi masih handsome!
1. Tony Eusoff
Biarpun pernah terpalit dengan satu kes ‘panas’ hingga membuatkan diri meringkuk dalam penjara selama 8 bulan di Singapura, ia tidak mematahkan semangat Tony Eusoff untuk kekal dalam industri seni ini.
Wajah yang tampan sememangnya membuatkan ramai wanita ‘cair’ dan watak yang dilakoninya sentiasa meninggalkan kesan kepada penonton.
2. Adi Putra
Adi Putra atau nama sebenar, Mohamed Hadi Putra Halim boleh dikatakan antara pelakon yang sangat berbakat dan namanya akhir-akhir ini menjadi ‘hangat’ di media sosial selepas berlakon dalam filem Mat Kilau.
Lakonan yang sangat hebat dan tambah pula wajah yang tidak dimamah usia sememangnya menjadi salah satu faktor Adi Putra membuat ramai para wanita tidak keruan.
Penampilan pelakon Gila-Gila Remaja ini sehingga ke hari ini menjadi tumpuan utama netizen Malaysia biarpun sudah berumur 56 tahun.
Bermula dengan watak kecil menerusi drama Mat Nor Kusyairi and the Velveboys pada tahun 2000, kini Bront Palarae sudah pun berada di peringkat antarabangsa seperti berlakon dalam filem Jepun dan beberapa filem Indonesia.
5. Hans Isaac
Pelakon lelaki ini merupakan crush buat semua gadis-gadis yang ada di Malaysia semenjak memunculkan diri di kaca TV sejak tahun 1995 dalam filem Ringgit Kasorrga.
Bukan saja mempunyai wajah yang kacak, malah pelakon yang juga merupakan seorang penerbit mempunyai karisma tersendiri dan paling penting, masih single !