Katanya Mahu Jadi Diri Sendiri, Ini 5 Selebriti Yang Dulu Bertudung Tapi Kini Sudah ‘Free Hair’

Hiburan

Katanya Mahu Jadi Diri Sendiri, Ini 5 Selebriti Yang Dulu Bertudung Tapi Kini Sudah ‘Free Hair’

Boleh dikatakan sejak kebelakangan ini banyak pula selebriti wanita mengambil keputusan untuk membuka tudung dan kembali free hair kerana mendakwa itu adalah diri mereka yang sebenar dan enggan berubah ke arah kebaikan secara terpaksa.

Kali ini, BeautifulNara akan kongsikan 5 nama selebriti yang dahulu cantik berhijab tetapi kini memilih untuk free hair.

Advertisement

1. Alya Iman

alya iman

Tak selesa pakai tudung dan nak jadi diri sendiri.

Alya yang sebelum ini dikenali sebagai pelakon yang cukup manis menutup aurat dengan sempurna telah membuat keputusan untuk tidak lagi bertudung kerana enggan menjadi hipokrit.

2. Anis Sofea

anis sofea

Dia baru 21 tahun, kami tidak mahu terlalu menekan.

Isteri kepada penyanyi hebat Haqiem Rusli iaitu Anis juga mengambil keputusan untuk free hair dan hal itu diketahui oleh netizen beberapa hari sebelum menyambut Hari Raya Aidilfitri, baru-baru ini selepas dia memadam semua foto di laman Instagram, lalu memuat naik gambar tidak bertudung. Haqiem turut meminta orang ramai tidak masuk campur dan berkata buruk mengenai keputusan yang dibuat oleh isteri.

3. Uqasha Senrose

uqasha senrose

 Saya rasa diri ini lebih mempermainkan agama dan seperti munafik jika bertudung.

Selepas tiga tahun berhijab, Uqasha mengambil keputusan kembali free hair kerana akui imannya tidak tetap dan mahu menjadi dirinya sendiri. Pelakon jelita ini juga berkata dirinya mengambil keputusan untuk berhijab sewaktu umur masih muda dan ketika itu hati masih berkecamuk selepas putus cinta.

4. Liyana Jasmay 

liyana jasmay

Saya nak pakai hijab atau tidak, itu bukan urusan kamu.

Penampilan Liyana Jasmay tampil tidak bertudung di laman Instagramnya telah membuat ramai terkejut dan sememangnya mengundang kecaman ramai, namun pelakon tersebut tidak mahu mengambil pusing pandangan orang ramai dan hanya memikirkan dirinya sahaja.

5. Emma Maembong

emma maembong

Saya seperti berperang dengan diri sendiri. Semua benda bagai serba tak kena.

Paling mengejutkan ramai pihak setelah Emma Maembong mengakui sendiri bahawa dirinya kembali free hair setelah lima tahun memakai hijab. Sedar ramai yang berasa kecewa dengan tindakannya, Emma perjelaskan dirinya sudah berusaha untuk kekal berhijab tetapi gagal untuk melawan perasaan di hati.

Semoga satu hari nanti semua selebriti wanita yang dahulu berhijab tetapi kini pilih untuk free hair terbuka hati untuk berubah kembali..

Alya Iman buka tudung
1 year ago

"Nampak Berumur Dari Usia.." - Alya Iman Buka Tudung Di Hari Pertama Syawal, Netizen Puji Cantik Bak Bidadari

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...