Walaupun Pelik & Unik, 5 Sampul Raya ‘Rare’ Ini Jadi Rebutan Ramai Tau!

Gaya Hidup

Walaupun Pelik & Unik, 5 Sampul Raya ‘Rare’ Ini Jadi Rebutan Ramai Tau!

Sempena bulan Syawal, umat Islam bukan saja membuat persiapan dari segi baju, kuih atau kelengkapan rumah, malah sampul duit raya pun wajib ada dalam list persiapan raya tau!

Ini lima sampul raya unik yang kini jadi rebutan ramai untuk diberikan kepada sanak-saudara atau kenalan rapat.

Advertisement

1. Sampul sijil cuti raya

sampul raya

Nak meriahkan lagi raya korang, sampul sijil cuti raya ini merupakan sampul raya paling syok kalau nak beri kepada sanak-saudara atau rakan kenalan kerana details rekaan sampul ini seperti cuti raya yang diminta telah diluluskan.

2. Sampul ‘orang sakit’

sampul raya

Sampul ‘orang sakit’ ini merupakan sampul yang mempunyai design ala-ala pembungkus ubat tablet yang kita selalu dapat di klinik atau hospital kalau jatuh sakit.

3. Sampul 2 in 1

sampul raya

Elakkan ‘sampah’ sampul raya, idea pihak Aeon membuat sampul raya 2 in 1 ini memang bijak. Siapa-siapa yang dapat sampul raya ini bukan saja boleh mendapat duit raya, malah selepas itu, mereka boleh membuat origami menggunakan sampul raya terbabit.

4. Sampul gula-gula

sampul raya

Sangat sesuai untuk diberikan kepada kanak-kanak, sampul gula-gula memang menyerupai seperti gula-gula di dalam bungkusan kecil-kecil. Malah, cara membukannya juga seperti kita mahu membuka paket gula-gula kecil.

5. Sampul karakter ‘super hero’

sampul raya

Untuk peminat filem Marvel ataupun mana-mana filem ‘super hero’, sampul raya ini merupakan pilihan yang paling sesuai untuk korang! Bentuk sampul pelbagai karakter ini membuatkan ia kelihatan sangat unik dan lain dari yang lain.

4 weeks ago

Takut Jadi 'Pokai' Lepas Aidilfitri? Korang Kena Cuba 3 Tips Ini Kalau 'First Time' Nak Bagi Duit Raya

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...