Takut Jadi ‘Pokai’ Lepas Aidilfitri? Korang Kena Cuba 3 Tips Ini Kalau ‘First Time’ Nak Bagi Duit Raya

Gaya Hidup

Takut Jadi ‘Pokai’ Lepas Aidilfitri? Korang Kena Cuba 3 Tips Ini Kalau ‘First Time’ Nak Bagi Duit Raya

Sedia maklum, hari ini umat Islam menyambut Hari Raya Aidilfitri dan segelintir anak muda yang baru bekerja meluahkan rasa bimbang mengenai pemberian duit raya meskipun ia tidak wajib. Malah, ada yang akui berasa kurang senang untuk beraya kerana memikirkan tentang duit raya.

Sebagai pakar kewangan, Azam Zubir telah berkongsikan tips yang berguna buat anak muda baru bekerja yang mahu memberi duit raya agar tidak membebankan diri sendiri.

Advertisement

1. Tetapkan bajet

Tips pertama yang boleh membantu ‘first timer’ adalah menetapkan bajet yang ingin dikeluarkan untuk diberi sebagai duit raya ketika menyambut perayaan Aidilfitri.

duit raya

Paling penting, korang kena mulakan bajet tersebut kepada keluarga terdekat dahulu seperti anak-anak sendiri, ibu bapa, adik-beradik dan anak buah.

2. Guna pelbagai sampul yang berbeza

Selain itu, pastikan duit raya yang hendak diberi dimasukkan mengguna pelbagai sampul-sampul yang berbeza, sama ada dari segi warna ataupun corak.

duit raya

Tips ini bagi memudahkan ‘first timer’ untuk membezakan jumlah duit raya yang hendak diagihkan kepada individu-individu tertentu termasuklah ibu bapa sendiri.

3. Niat/tujuan beri duit raya

Paling penting! Korang perlulah ketahui niat serta tujuan utama memberi duit raya kepada keluarga.

duit raya

Ketika memberi duit raya, ikhlas merupakan satu perkara yang amat penting kerana pemberian duit raya pada bulan Syawal ini merupakan satu amal jariah sebagai seorang Muslim.

Tips-tips yang dikongsikan ini merupakan salah satu cara untuk elakkan anak muda yang baru pertama kali hendak beri duit raya menjadi ‘pokai’ selepas perayaan Aidilfitri.

Semoga berguna untuk semua!

mydin baju raya rm5
1 month ago

"Alhamdulillah Ringankan Beban Golongan Kurang Mampu" - Netizen Bersyukur Mydin Tawar Baju Raya Serendah RM5!

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

SUMBER : TikTok

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...