Semalam, Elfira Loy teruk dikecam netizen gara-gara mempertahankan betapa berkesannya suplemen peninggi badan buat dirinya. Seperti yang anda tahu, beberapa doktor telah menafikan perkara tersebut dan menjelaskan fakta sains tentang had tumbesaran manusia mengikut jantina.
Bagaimanapun, Elfira masih tetap bertegas dengan kenyataan beliau tentang keberkesanan suplemen peninggi tersebut. Menjawab penjelasan Dr Beni Rusani, Elfira memberitahu beliau bukan ingin mempertahakan mana-mana pihak tetapi hanya memberikan maklum balas sebagai pengguna.
Pada masa yang sama, Elfira turut membidas beberapa kecaman netizen selain memuat naik foto buku “top seller” tulisan Dr Beni.
Pada awalnya Elfira meminati buku itu kerana ia menceritakan pengalaman sebagai seorang doktor, namun kini rasa minatnya itu sudah tiada atas alasan tidak menyukai orang yang menuduh dirinya.
Tidak salah untuk ada pendirian tersendiri dalam sesuatu perkara tetapi jika ia sudah ditegur oleh mereka yang lebih arif dalam bidang tersebut, mungkin tidak salah untuk menerima fakta serta info yang diberikan dengan baik.