Isu selebriti mempromosikan produk untuk menambah ketinggian bukan sahaja mendapat perhatian netizen malah beberapa orang doktor terkenal iaitu Dr Beni Rusani, Dr Amalina Che Bakri dan Dr Saz One.
Mempunyai pengetahuan serta pengalaman yang cukup luas dalam bidang perubatan, ketiga-tiga doktor tersebut menyatakan tiada sebarang suplemen yang mampu meningkatkan ketinggian fizikal manusia.
Dari sudut sains serta fakta tumbesaran, ketinggian seorang lelaki akan terhenti sekitar usia 21 tahun dan wanita pula pada usia 18 tahun.
Dr Amalina pula menegur selebriti Malaysia sepatutnya lebih bertanggungjawab untuk mendapatkan nasihat pakar perubatan serta menyiasat dahulu kandungan dan kesan sesuatu produk kepada pengguna sebelum mempromosikan ia di media sosial.
Ini kerana, pengaruh selebriti yang agak kuat membuatkan masyarakat mudah percaya dengan keberkesanan sesuatu produk.

Hot stuff
April 27, 2018 at 7:44 pm
Artis msia tak dpt byk duit mcm artis hollywood. Kalau takat berlakon nyanyi mana laku sgt. So kena lah buat endorse produk. Klu x mana nk maintain rumh banglo, branded bags, cucuk muka dsb. Skrg ni ramai pula jadi badut kat go shop. Kesian artis kita. Tak layak digelar artis sbb byk buat bende x guna otak
Sabahan
April 26, 2018 at 1:59 pm
Tunggu Lopak sama tinggi ngan Faz baru beli…
melati
April 26, 2018 at 10:25 am
tgk tu, Betapa semua org nyampah kt Neelofa , apa dia buat semua org Kecam….kalau Fazura buat apa pun tetap org sokong..!!! untuk Neelofa saya nk pesan Gi Bangla berlakon kt sana, mana tahu rezeki ko kt saana….wakakakakaa