“Walau Betul Sekalipun Dia Salah, Biarlah Dia Terima…” – Kes Toreh Perut & Bakar, ‘Girlfriend’ Akui Sudah Maafkan Suspek

Trending

“Walau Betul Sekalipun Dia Salah, Biarlah Dia Terima…” – Kes Toreh Perut & Bakar, ‘Girlfriend’ Akui Sudah Maafkan Suspek

Sejak semalam, kes pembunuhan seorang wanita hangat menjadi perbualan selepas mayatnya yang terbakar 60 peratus ditemukan di ladang kelapa sawit.

Lebih mengejutkan adalah pengakuan suspek berusia 20 tahun yang membelasah, menoreh perut dan membakar mangsa hanya kerana tidak bersetuju menyembunyikan kehamilan hasil hubungan terlarang mereka.

Advertisement

2 years ago

Pemuda 20 Tahun Tikam, Toreh Perut & Bakar Teman Wanita Kerana Enggan Rahsiakan Kehamilan Luar Nikah

Sekitar petang semalam, muncul pula spekulasi dan dakwaan bahawa suspek sudah bertunang tetapi mempunyai hubungan sulit dengan mangsa.

Dakwaan itu turut mengatakan suspek mahu mangsa merahsiakan apa yang terjadi antara mereka berdua kerana bakal berkahwin tidak lama lagi.

Bagaimanapun, seorang gadis yang tampil berkata dia bukanlah tunang suspek seperti yang dihebahkan dan mereka masih dalam fasa bercinta.

Menerusi TikTok, gadis dikenali sebagai Eshaaa itu memuat naik rakaman video mempamerkan dia dan suspek berlatar belakangkan lagu sedih.

Dia juga akui sudah memaafkan teman lelakinya itu dan berkata biarlah suspek dihukum selain meminta orang ramai menjadikan kes ini sebagai iktibar.

Walaupun betul sekali pun dia bersalah, biarlah dia terima hukuman. Nak taknak, kita kena telan juga. Untuk Aiman, terima kasih ya, aku dah maafkan semuanya.”

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

SUMBER : Twitter

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...