Pemuda 20 Tahun Tikam, Toreh Perut & Bakar Teman Wanita Kerana Enggan Rahsiakan Kehamilan Luar Nikah

Berita

Pemuda 20 Tahun Tikam, Toreh Perut & Bakar Teman Wanita Kerana Enggan Rahsiakan Kehamilan Luar Nikah

Mayat tanpa identiti telah ditemukan di ladang kelapa sawit di Kampung Sungai Limau, Sungai Besar, Sabak Bernam selepas orang awam menyedari kepulan asap kira-kira jam 7 pagi.

Menurut Ketua Polis Daerah Sabak Bernam, Superintendan Agus Salim Mohd. Alias, hasil soal siasat mendapati motif pembunuhan adalah kerana suspek yang juga teman lelaki mangsa mahu merahsiakan kehamilannya hasil hubungan seks luar nikah mereka berdua.

Advertisement

Ketika kejadian, suspek membawa mangsa berusia 21 tahun itu menaiki sebuah kereta ke kebun kelapa sawit berkenaan kira-kira jam 10 malam.

Suspek yang juga lepasan sebuah kolej telah bertengkar dengan mangsa yang enggan merahsiakan kehamilan tersebut seperti dimahukannya.

Berlaku pergelutan antara kedua-duanya hingga lelaki itu bertindak memukul mangsa hingga mati. Lelaki itu kemudian bertindak kejam apabila menoreh perut mangsa yang hamil sebelum membakar mayat wanita berkenaan.”

Suspek kemudian kembali ke lokasi yang sama semalam dengan menaiki motosikal dan membawa tong berisi petrol untuk membakar mangsa sekali lagi.

Bukan itu sahaja, dia turut cuba melupuskan semua barang bukti termasuk barangan mangsa dan membuangnya di sekitar Jalan Lama Kuala Selangor.

Suspek kemudian ditahan di rumah keluarganya di Sungai Besar pada 1.45 petang semalam dan semakan polis mendapati dia tidak mempunyai rekod lampau.

Mayat mangsa yang hamil 4 bulan itu terbakar 60 peratus dan telah dibawa ke Hospital Sungai Buloh untuk bedah siasat dan suspek pula direman selama enam hari bermula Rabu.

Kes kini disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan (Akta 574) dan jika sabit kesalahan boleh dihukum gantung sampai mati.

Dalam pada itu, gambar dan akaun TikTok suspek telah dikongsikan oleh orang awam di grup Telegram yang mengecam tindakannya kerana bukan sahaja tidak mahu bertanggungjawab tetapi juga tergamak membunuh.

suami bunuh isteri
1 year ago

Tak Diberi Keizinan Untuk Kahwin Dengan Adik Ipar Selepas Terlanjur, Suami Racun Isteri Hingga Maut

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

SUMBER : Kosmo

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...