Gara-gara namanya terpalit isu ‘scam’ duit pelanggan ‘paid review’, pelakon dan juga pensohor media sosial Norreen Iman tampil menjelaskan perkara sebenar dan memohon maaf di atas kesilapannya itu.
Dalam hantaran Instagram Story yang dimuat naik Norreen, dia mengakui telah terlepas pandang untuk melangsaikan tugas tersebut kerana terlalu banyak mengambil tawaran ulasan dan ‘paid review’.
Tambahnya lagi, pada ketika itu, dia sedang hamil anak pertama dan ‘rancak’ mengambil ‘job’ seperti itu di Instagaram.
Fasal review, tahun 2018 tahun komplikasi mengandung begitu ya. Tahun kelahiran Eshan, yang jenis RM80 punya review, saya lupa. Dia macam katanya dah hantar barang.
Kata Norreen, dia benar-benar terlupa dan terkejut apabila namanya tiba-tiba sahaja menjadi bahan bualan di Twitter gara-gara isu penipuan tersebut.
Sehubungan dengan itu, Norreen telah meminta agar individu itu untuk menghantar mesej di IG supaya dia dapat membayar balik ‘hutang’ yang perlu dilunaskan olehnya.
Alhamdulilah @norreen143 sendiri dh dm utk refund balik. benda dh lama sbnrnye sy x kisah pon psl duit tu. saje kongsi cerita.xsgka pulak ramai kecam beliau. apapun kes dah setel ye. saya puji norreen sbb berusaha cari ig saya utk dm ganti balik duit. pic.twitter.com/F5NUvWb2Tk
— HARO (@HanimRoslan) October 24, 2022
Jadi, DM saja kita, ada ja sebelum ni orang DM tahun 2018 ke 2019 yang aku terlepas pandang, kita bayar ja, yang seratus ringgit. Awak punya RM80, DM saja kita bayar.
Norreen juga sempat menasihatkan pensohor media sosial agar tidak melonggokkan tugas dan tidak menjadi sepertinya.
“Kepada mereka yang sedang hangat membuat review, jangan kau longgokkan kemudian baru buat. Ini la parahnya, zaman kegemilangan kemuncak batak membuat review, demand on the go.” ujarnya lagi.
Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.