“Sampai Kesudah Tak Promote” – Buat Tak Tahu, Norreen Iman Dituduh Bawa Lari Duit Reviu?

Hiburan

“Sampai Kesudah Tak Promote” – Buat Tak Tahu, Norreen Iman Dituduh Bawa Lari Duit Reviu?

Nama selebriti yang kini mukanya sering terlihat dalam drama-drama melayu iaitu Norreen Iman menjadi hangat apabila dia didakwa ‘melarikan diri’ dari melangsaikan tugas membuat reviu biarpun sudah dibayar.

Difahamkan dari ciapan pendedahan oleh seorang pengguna itu, dia telah membayar Norreen sebanyak RM80 untuk membuat reviu produknya.

Advertisement

Bagaimanapun, hal yang membuatkan pemilik produk itu kecewa kerana pelakon berkenaan sama sekali tidak membuat reviu produknya walaupun telah dibayar dan hanya mendiamkan diri.

Individu tersebut membalas satu ciapan dari pengguna lain yang mengatakan ingin membuat pendedahan ‘perangai buruk’ sesetengah influencer yang sering senyap selepas menerima bayaran.

Ramai juga pengguna yang membaca tweet luahan individu tersebut berasa kecewa dengan Norreen seandainya perkara tersebut benar terjadi dan dilakukannya.

Selain itu, kami kongsikan artikel trending pada pautan di bawah.

2022-10-21 12:20:28

"Laki Dia Buta Ke?" - Berpesta Buih, Netizen Persoal Suami Norreen Biarkan Isteri 'Belanja' Lurah

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

SUMBER : Twitter