Pelakon dan juga usahawan, Wak Doyok kini meluaskan lagi sayap perniagaan dalam bidang makanan.
Menerusi hantaran di laman Instagram miliknya, Wak Doyok berkongsi berita gembira pembukaan restoran Sushiwak yang terletak di Melawati Mall, Kuala Lumpur pada 26 Disember 2021.
Difahamkan, restoran sushi pertamanya itu menawarkan pelbagai menu sushi yang menarik dan unik dengan tawaran harga dari RM1.
Alhamdulillah. 26 haribulan dah mula operasi sepenuh nya di Malawati Mall level 3. Jemput lah datang beramai-ramai disini ya.
Meninjau di ruangan komen, rata-rata pengikut dan rakan selebriti turut mendoakan agar perniagaan yang dijalankan berjaya, dan tidak kurangnya yang meminta Wak Doyok membuka cawangan di lokasi yang lain.
“Wah kena gi ni, support. Tahniah Wak, moga sukses terus” tulis seorang pengikut.
“Menu terhebat Wak, sushi tempe. Saya bangga dengan legasi Wak” tulis seorang lagi pengguna Instagram.
Baca: Peminat Kejar Untuk Bergambar Sampai Kemalangan, Wak Doyok Ganti Rugi Baiki Motosikal Rosak