Peminat Kejar Untuk Bergambar Sampai Kemalangan, Wak Doyok Ganti Rugi Baiki Motosikal Rosak

Hiburan

Peminat Kejar Untuk Bergambar Sampai Kemalangan, Wak Doyok Ganti Rugi Baiki Motosikal Rosak

Pelakon dan juga usahawan, Wak Doyok memaklumkan bahawa kereta mewah miliknya yang berjenama Mustang telah dilanggar oleh peminat yang cuba mengejarnya untuk bergambar.

dosa keluaran wak doyok
3 years ago

Dituduh Tiru Rekaan Jenama Minyak Wangi Terkenal, Wak Doyok Beri Penjelasan

Advertisement

Ujar Wak atau nama sebenarnya Mohd Azwan Md Nor, kemalangan kecil itu berlaku secara tidak sengaja oleh peminatnya yang menaiki motosikal di mana kenderaan individu tersebut turut mengalami kerosakan akibat insiden tersebut.

View this post on Instagram

A post shared by Wak Doyok (@wakdoyok)

Perkara tersebut turut dikongsikan Wak menerusi sebuah hantaran di Instagram untuk tatapan peminat.

“Gara-gara peminat kejar nak bergambar, dia tersodok bumper aku. Koyak sikit. Tapi takpe sikit je ni. Ikhlas saja mungkin Allah ganti lebih baik dari ni.” tulisnya di Instagram.

Dalam pada itu, pelakon filem Abang Long Fadil 2 itu berkata dia reda dengan kejadian itu malah turut membaiki motorsikal peminatnya itu yang rosak berikutan pelanggaran itu.

Menjengah ke ruangan komen, ramai netizen memuji tindakan Wak Doyok yang tidak berkira dan mendoakan agar dia terus dimurahkan rezeki di masa akan datang.

Jangan lupa ‘Like’ dan ‘Follow’ Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...