Penggunaan peranti pintar seperti tablet dan telefon bimbit sememangnya optimum dan berterusan tidak kira siang atau malam.
Akan tetapi, menggunakannya secara terus boleh mengakibatkan penurunan bateri yang drastik dan sudah tentu ada pasti ingin memiliki power bank yang boleh memenuhi keperluan anda setiap hari.
Kini, terdapat pelbagai jenama dan jenis powerbank yang ditawarkan di pasaran namun pemilihannya bergantung pada keperluan pengguna itu sendiri.
Oleh itu, mari kita tinjau cara pemilihan powerbank yang betul bagi keperluan dan kehendak anda.
1. Kapasiti dan saiz mengikut keperluan
Powerbank yang dijual di pasaran didatangkan dalam pelbagai saiz dan kapasiti tenaga. Kebiasaannya, powerbank yang mempunyai kelebihan menyimpan tenaga lebih besar mempunyai saiz yang besar dan lebih berat.
Dapatkan powerbank yang berkapasiti lebih kecil sekitar 5,000 mAh kerana ia sudah memadai untuk memenuhi keperluan seharian anda selain lebih mudah dibawa ke mana-mana.
2. Jenama
Terdapat pelbagai jenis jenama power bank yang boleh didapati di pasaran, lengkap dengan ciri-ciri menarik bersamanya.
Pastikan power bank yang ingin dibeli mempunyai standard ditetapkan serta berkualiti tinggi. Produk yang jenamanya tidak dikenali lebih berpotensi untuk mempunyai kualiti yang rendah dan berkemungkinan juga akan mengabaikan ciri keselamatan kerana hanya ingin mengaut keuntungan semata-mata.
Antara jenama terkenal adalah seperti Xiaomi, Sony, Remax dan lain-lain lagi.
3. Kebolehan pengecasan pantas
Tahukah anda setiap powerbank mempunyai output tenaga yang berbeza sewaktu pengecasan?
Minima kuasa output yang relevan pada hari ini mestilah sekurang-kurangnya 20W dan ke atas. Ia akan dapat memastikan peranti pintar anda diisi penuh dengan power hanya dalam masa yang singkat.
Anda juga perlu pastikan powerbank tersebut tersedia dengan port USB-C dan lighting di mana kedua-dua platform peranti ini sudah mula digunakan secara meluas pada hari ini.
4. Jenis bateri yang digunakan dalam powerbank
Terdapat sebahagian powerbank yang menggunakan dua jenis bateri yang berbeza bagi tujuan menyimpan bekalan tenaga iaitu lithium ion dan lithium polymer.
Anda disarankan untuk memilih powerbank dengan bateri jenis lithium polymer kerana ia lebih tahan lasak, tahan panas dan tidak mudah meletup.
5. Bajet
Sekiranya anda merancang untuk menggunakan powerbank dengan lebih kerap dan optimum, lebih baik membelanjakan sejumlah wang bagi mendapatkan model yang terbaik di pasaran.
Manakala jika sekadar santai, pilih model powerbank yang berkapasiti kecil dengan harga jauh lebih murah, sesuai dengan keperluan anda.
Semoga bermanfaat!