Ini Cara Gunakan Pengesan AirTag Untuk Kucing Yang Suka Merayap

Kehidupan

Ini Cara Gunakan Pengesan AirTag Untuk Kucing Yang Suka Merayap

Apple telah melancarkan pelbagai peranti dan aksesori yang memudahkan kehidupan seharian kita. Ini termasuklah pengenalan pengesan AirTag membolehkan pengguna mencari barangan milik mereka dengan lebih cepat dan senang.

Menerusi satu hantaran video, seorang pengguna TikTok @izzatbadleeshah telah berkongsi bagaimana pengesan AirTag boleh berfungsi untuk mengesan kucingnya yang berada di sekitar kawasan perumahan dengan mudah.

Advertisement

Seperti yang boleh dilihat pada video tersebut, berikut adalah cara-cara untuk menggunakan fungsi pengesan AirTag pada barangan atau binatang milik anda dengan mudah.

1. Sambungkan AirTag dengan aplikasi Find My iPhone dan akaun Apple ID.

2. Letakkan nama atau emoji pada AirTag bagi mengenal pasti setiap barang yang dipasang. Menerusi aplikasi Find My iPhone, pengguna boleh menerokai beberapa fungsi seperti Play SoundFind dan Notification untuk mengesan AirTag yang dipasang.

Advertisement

AirTag

3. Fungsi pertama iaitu Play Sound yang boleh menghidupkan alarm dan AirTag akan menghasilkan bunyi sebagai panduan ke lokasi. Yang kedua pula, fungsi Find akan memaparkan anak panah berdasarkan arah lokasi AirTag tersebut.

AirTag

4. Manakala Notification pula berfungsi untuk menghantar notifikasi kepada pengguna iPhone yang berada berhampiran dengan barang tersebut tentang kehilangannya dengan mengaktifkan Lost Mode.

AirTag

5. Kemudian, anda hanya perlu bergerak ke lokasi berdasarkan panduan Maps menerusi aplikasi Find My iPhone. Selepas AirTag dapat mengesan kedudukan sebenar barangan atau haiwan peliharan, anda hanya perlu ikut arah yang dipaparkan pada aplikasi itu.

AirTag

Haa macam mana, senang je kan? AirTag ni memang sesuai sangat untuk siapa-siapa yang ada kucing tak reti balik rumah atau siapa-siapa yang suka hilangkan barang tu!

Touch 'n Go
2 bulan lalu

Cara Mudah Periksa Baki 'Touch 'n Go' Jika Menggunakan IC

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

SUMBER : The Vocket

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Tinggalkan Komen Anda Di Sini

Loading...