Tular sebelum ini berita mengenai penangkapan seorang penyanyi wanita dan juga 5 lelaki warga Malaysia yang didakwa memiliki 6,000 pil kuda di sebuah hotel di daerah Golok, Thailand pada 1 November lalu.
Berita penahanan tersebut menjadi ‘viral’ dan baru-baru ini, media Thailand dilihat sudah menyiarkan wajah-wajah suspek yang terlibat meskipun media tempatan dan juga Malaysia masih lagi bersikap privasi mengenai hal itu.
Difahamkan, media Bangkok Post ada memuat naik identiti mereka yang kini menjalani tempoh tahanan reman selama 3 bulan di sebuah penjara di Narathiwat.
Dalam artikel tersebut, media berkenaan menulis kapsyen ‘Penyanyi Pop Malaysia Ditahan Miliki Dadah di Selatan Thailand’.
Hasil siasatan polis mendapati kesemua suspek yang ditahan positif dadah dan memiliki niat untuk menjual dadah jenis methamphetamine di negara itu.
Laporan juga mendapati bahawa dua daripada suspek telah memasuki negara tersebut tanpa dokumen apabila pasport mereka tidak dicop dengan betul oleh pihak imigresen tempatan.
Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.