Penyanyi Wanita Dan 5 Rakyat Malaysia Dibawa Ke Mahkamah Narathiwat Atas Tuduhan Memiliki 6,000 Pil Kuda

Hiburan

Penyanyi Wanita Dan 5 Rakyat Malaysia Dibawa Ke Mahkamah Narathiwat Atas Tuduhan Memiliki 6,000 Pil Kuda

Enam orang rakyat Malaysia, termasuk penyanyi dikir barat moden wanita asal Kelantan yang ditangkap di sebuah hotel di Sungai Golok kerana memiliki 6,000 pil kudah telah dibawa ke Mahkamah Wilayah Narathiwat, hari ini.

Memetik sumber, kesemua mereka telah meninggalkan Balai Polis Golok pada jam 10.30 pagi waktu tempatan dengan menaiki trak polis.

Advertisement

Turut dilihat bersama-sama adalah ahli keluarga dan rakan-rakan hampir kurang 50 orang yang setia menunggu di balai polis berkenaan sejak jam 9 pagi.

Kesemua suspek telah dihantar ke Mahkamah Narathiwat yang terletak kira-kira 50 kilometer dari Sungai Golok.

Terdahulu, tular mengenai kes penyalahgunaan dadah melibatkan seorang penyanyi wanita yang berasal dari Kelantan bersama beberapa orang lelaki ketika pihak polis Thailand membuat serbuan di sebuah hotel di Sungai Golok, Narathiwat pada pagi Jumaat lalu.

Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.

bekas isteri mula berubah idzham ismail
1 month ago

Bekas Isteri Berubah Setelah Mula Bekerja Sebagai Pramugari, Idzham Ismail Reda Dengan Perceraian - "Saya Manusia, Bukannya Malaikat"

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

SUMBER : BERNAMA

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...