Wajah Anak Disamakan Dengan Binatang, Ernie Zakri Kurangkan Perkongsian Mengenai Khawla – “Mereka Ni Macam Tak Ada Akal”

Hiburan

Wajah Anak Disamakan Dengan Binatang, Ernie Zakri Kurangkan Perkongsian Mengenai Khawla – “Mereka Ni Macam Tak Ada Akal”

Penyanyi versatil, Ernie Zakri tampil meluahkan rasa sedih apabila anak perempuannya, Nur Khawla Soleha menjadi bahan cacian sesetengah netizen di media sosial.

Ujar Ernie, ada yang tergamak menyamakan wajah anaknya itu dengan binatang sekaligus menyakiti hatinya sebagai ibu.

Advertisement

Normal seorang ibu sedih dan wujud segelintir netizen yang saya boleh kata tidak berakal tapi saya bertanggungjawab atas semua itu kerana saya yang pilih tayang anak.

Bukan menerima dengan hati terbuka apabila ada orang kutuk anak saya, tetapi apabila tahu perkongsian itu membawa ke arah negatif, saya akan mula kurangkan hantaran berkaitan anak.

Ini tanggungjawab saya dan suami. Saya tahu tidak semua orang suka tengok anak kami tapi bila ada yang kata anak saya tak comel, sedih saya.

Dia walau bagaimanapun menegaskan tidak akan mengambil tindakan undang-undang kerana menganggap manusia seperti itu hanya mahukan perhatian.

Mereka mahukan perhatian. Jadi jika tak beri perhatian pasti mereka akan berhenti. Tapi yang tidak berhenti komen, banyak masa di rumah saya boleh katakan dia gila.

Saya berdepan dengan ramai netizen yang tidak berhenti mesej kerana mahukan perhatian. Selagi tidak menjatuhkan reputasi kerjaya dan ganggu keluarga, tidaklah saya ambil tindakan.

Sekadar info, Ernie mendirikan rumah tangga bersama penyanyi Syamel pada 26 Mac 2021 dan telah dikurniakan seorang cahaya mata perempuan yang kini berusia 3 tahun.

Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.

Hisham hamid
7 months ago

"Saya Tengah Mencuba" - Momen Hisham Hamid 'VC' Dengan Anak Perempuan Raih Perhatian Peminat

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

SUMBER : HibGlam

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...