“Saya Tengah Mencuba” – Momen Hisham Hamid ‘VC’ Dengan Anak Perempuan Raih Perhatian Peminat

Hiburan

“Saya Tengah Mencuba” – Momen Hisham Hamid ‘VC’ Dengan Anak Perempuan Raih Perhatian Peminat

Video pelakon sensasi, Hisham Hamid melakukan panggilan video bersama anak perempuannya meraih perhatian netizen baru-baru ini.

Dalam video tersebut, Hisham dilihat melakukan mimik muka comel serta gaya lucu ketika ‘video call’ dengan anak daranya itu.

Advertisement

Me trying to keep up! #fatherdaughter

Menjengah ke ruangan komen, ramai netizen terutamanya peminat memuji kecantikan anak perempuan Hisham malah ada juga yang menganggap ia seperti panggilan video pasangan kekasih.

Peminat juga teruja apabila kini pelakon yang berasal dari Singapuran itu sudah mempunyai akaun TikToknya sendiri.

Sekadar info, Hisham itu memaklumkan dia sudah bercerai dengan isteri, Rosmawati  setelah 18 tahun hidup berumahtangga.

Hasil perkongsian hidup, mereka dikurniakan dua orang cahaya mata yang masing-masing berusia 17 dan 15 tahun.

Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.

Ex hisyam Hamid
2024-05-25 11:40:10

"Saya Mungkin Berasa Kehilangan Sekarang, Bergelut Dengan..." - Bekas Isteri Hisyam Hamid Luah Perasaan

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

SUMBER : TikTok