Viral Video TikTok, Media Indonesia Dakwa Engku Emran & Nabila Sudah Bercerai?

Hiburan

Viral Video TikTok, Media Indonesia Dakwa Engku Emran & Nabila Sudah Bercerai?

Sebelum ini, kecoh di rata-rata media sosial apabila timbul desas-desus mengenai rumahtangga kakak kepada usahawan selebriti Noor Neelofa iaitu Noor Nabila yang didakwa sedang mengalami masalah.

Difahamkan, spekulasi mengenai rumahtangga Nabila itu tercetus apabila dia bertindak memadam kesemua gambar bersama suaminya, Engku Emran di laman Instagram miliknya.

Advertisement

Baru-baru ini, tular pula mengenai hantaran daripada beberapa media Indonesia yang melaporkan pasangan itu dikhabarkan sudah bercerai.

Menerusi hantaran video yang dimuat naik di aplikasi TikTok, media dari Indonesia mendakwa bekas suami kepada Laudya Cynthia Bella itu dikabarkan bercerai lagi untuk kali ketiga.

Malah, rata-rata netizen di Indonesia turut mempersoalkan mengenai ciri-ciri isteri yang dia sebenarnya mahukan kerana seringkali dilihat gagal dalam hubungan berumahtangga.

Sebenarnya dia cari yang bagaimana sih? Mungkin ini Vicky Prasetyo versi Malaysia.

Meninjau di ruangan komen, perkongsian video itu telah mendapat pelbagai reaksi daripada netizen Malaysia yang rata-ratanya terkejut dengan laporan berkenaan selain bertanya mengenai kesahihan berita tersebut.

Confirm ke dah cerai? Saya dari Malaysia dan baru tahu – netizen.

“Sahih ke?.. dekat IG Engku Emran ada je gambar wife dia,” tulis seorang lagi pengguna TikTok.

Setakat ini, tiada laporan mengenai perkara itu yang dikeluarkan oleh mana-mana pihak media di Malaysia.

Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.

Noor Nabila Engku Emran
2 years ago

Noor Nabila Padam Habis Foto Suami, Tapi Instagram Engku Emran Lain Pula Yang Ditemui?

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

SUMBER : TikTok

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...