Viral Semula Gambar Lama Dhabitah Sabri Jalani Latihan

Trending

Viral Semula Gambar Lama Dhabitah Sabri Jalani Latihan

Nama Nur Dhabitah Sabri memang sudah tidak asing lagi di dalam dunia sukan khususnya di sukan akuatik antarabangsa.

Baru-baru ini, Dhabitah Sabri telah melayakkan diri untuk masuk ke peringkat akhir di Sukan Olimpik Tokyo 2020 dalam acara terjun 3 meter papan anjal wanita.

Advertisement

Walau bagaimanapun, nasib tidak menyebelahi dirinya untuk membawa pulang pingat untuk Malaysia tetapi dia tetap berpuas hati dengan pencapaiannya di temasya sukan tersebut.

3 years ago

Senyuman Dhabitah Tetap Menangi Hati Warga Malaysia

Berhubung sekarang masih ramai lagi berbangga dengan pencapaian atlet muda itu, tular satu gambar lama yang dimuat naik di Facebook lebih kurang lima tahun lalu yang menunjukkan dia sedang membuat latihan untuk menjadi atlet bertaraf dunia.

“Bukan mudah untuk jadi atlet negara. Sebab itu saya hargai semua sokongan anda semua”. – Nur Dhabitah Sabri 

Menurutnya, jangan berhenti untuk menyokongnya untuk menjadi atlet Malaysia dan menjadi atlet harapan negara bukanlah suatu yang mudah.

Pelbagai latihan dan cabaran yang perlu dilakukan untuk mendapatkan kemahiran yang tepat. Seperti yang dapat dilihat melalui gambar itu, kelihatannya atlet berusia 22 tahun itu ‘dipijak’ sebagai salah satu latihannya untuk menjadi atlet sukan terjun.

Menurutnya menerusi ruangan komen, itu merupakan suatu yang biasa untuk atlet dalam sukan terjun dan ianya adalah sukan yang lain daripada yang lain kerana memerlukan kelenturan badan dan stamina.

“Badan kalau keras dan tak flexible semua benda takkan jadi”

Dhabitah sertai latihan sejak kecil

Dia juga turut memaklumkan mengenai pengalamannya di peringkat awal dalam bidang sukan terjun dimana dia telah menyertai latihan sejak umur 7 tahun.

Sekarang Dhabitah pun dah berumur 22 tahun tidak mustahil dia sudah dapatkan latihan dan stamina yang cukup baik untuk menyertai Olimpik Tokyo 2020.

Sokongan dan dorongan rakyat Malaysia

Tidak menyangka dengan gambar tersebut, ramai yang tetap memberikan sokongan dan semangat buat atlet terjun negara itu kerana mempersiapkan diri dalam dunia sukan sejak kecil lagi.

latihan atlet terjun negara

latihan atlet terjun negara

Dari sisi lain, ada individu juga turut mengakui bahawa latihan itu normal untuk menjadi atlet terjun kerana memerlukan kelenturan badan yang dibina sejak kecil lagi berbanding membuat latihan ketika sudah dewasa.

latihan terjun negara

Semua rakyat Malaysia tetap berbangga dengan usaha dan pencapaian oleh Nur Dhabita Sabri kerana dapat melayakkan diri ke temasya sukan peringkat antarabangsa.

Untuk makluman, Dhabitah berjaya menduduki tempat keempat selepas atlet China dan Amerika Syarikat dalam acara tiga meter papan anjal wanita individu yang berlangsung di Tokyo semalam.

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...