Senyuman Dhabitah Tetap Menangi Hati Warga Malaysia

Trending

Senyuman Dhabitah Tetap Menangi Hati Warga Malaysia

Sebentar tadi, atlet terjun negara, Nur Dhabitah Sabri telah beraksi dalam acara 3 meter papan anjal wanita di peringkat akhir.

Walau bagaimanapun, misi untuk membawa pulang pingat di Sukan Olimpik Tokyo 2020 tidak berjaya apabila dia tidak dapat meraih kedudukan tiga teratas di dalam acara tersebut.

Advertisement

3 years ago

Harapan Gangsa Daripada Aaron-Wooi Yik Buat Malaysia

Dia telah menamatkan lima terjunan di tempat keempat dengan kutipan mata 326.15 di belakang atlet Amerika Syarikat dan China.

markah sukan olimpik

Pada Sabtu, Nur Dhabitah layak ke peringkat akhir selepas menduduki tempat keenam dalam separuh akhir dengan kutipan mata 312.60.

Walaupun atlet berusia 22 tahun itu tidak dapat membawa pulang pingat, tetapi dia dapat memenangi hati seluruh rakyat Malaysia dengan wajahnya yang tidak lekang dengan senyuman.

Hal ini terbukti apabila rata-rata netizen memberikan sokongan dan semangat buat atlet terjun negara sehingga menjadi trending laman Twitter.

nur dhabitah sabri

Rata-rata netizen tetap berbangga kepada Dhabitah kerana berjaya ke peringkat akhir dalam Sukan Olimpik Tokyo 2020.

Ketika ditemubual, kelihatan Dhabitah menangis tetapi cukup berbangga dengan prestasinya kerana dapat mara sehingga ke peringkat ini.

“Saya nangis bukan sebab sedih tapi sebab bangga dengan pencapaian saya”

Nur Dhabitah sememangnya disenangi ramai bukan sahaja kerana potensinya bahkan dia sering memberikan aura positif dengan senyuman di wajahnya.

Untuk makluman, Sukan Olimpik Tokyo 2020 merupakan penampilan kedua untuknya selepas menyertai Olimpik Rio pada 2016 ketika berumur 17 tahun.

Pendapat anda? Kongsi bersama kami di Facebook dan Telegram AmazingNara

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...