‘Viral’ Rogol Wanita Dalam ‘Labour Room’, Polis Dakwa Hampir 30 Orang Jadi Mangsa Pakar Bius Lepaskan Nafsu

Dunia

‘Viral’ Rogol Wanita Dalam ‘Labour Room’, Polis Dakwa Hampir 30 Orang Jadi Mangsa Pakar Bius Lepaskan Nafsu

Baru-baru ini tular sebuah video di Twitter apabila seorang pakar bius melakukan perkara yang tidak senonoh terhadap seorang wanita hamil semasa melakukan pembedahan Caesarean atau Czer di sebuah hospital.

Dalam rakaman yang tersebar, kejadian yang berlaku di Brazil itu menunjukkan pakar bius yang dikenali sebagai Giovanni Quintella Bezerra memasukkan alat kemaluannya ke dalam mulut wanita yang telah dibius.

Advertisement

Susulan kejadian itu, lelaki tersebut telah pun berjaya ditangkap oleh pihak berkuasa dan jika disabit kesalahan boleh dikenakan penjara selama 8 hingga 15 tahun.

Selepas penangkapan dilakukan, 3 orang lagi patient membuat laporan polis kerana mendakwa diperlakukan perkara yang sama oleh lelaki berkenaan.

Selain itu, polis juga tidak menolak dakwaan jika ada 30 lagi individu yang menjadi mangsa Giovanni untuk melepaskan nafsu semasa dia bekerja sebagai pakar bius.

Apa yang lebih teruk ialah kesemua mangsa merupakan wanita mengandung yang sedang dalam proses melahirkan bayi semasa di dalam bilik persalinan dan tugas Giovanni adalah memastikan pesakit sudah dibius sebelum menjalani operasi pembedahan Czer.

pakar bius
5 bulan lalu

Tular Video Pakar Bius Sumbat Kemaluan Dalam Mulut Pesakit Wanita Ketika Proses 'Czer' Nak Beranak

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Tinggalkan Komen Anda Di Sini

Loading...