Tular Video Pakar Bius Sumbat Kemaluan Dalam Mulut Pesakit Wanita Ketika Proses ‘Czer’ Nak Beranak

Berita

Tular Video Pakar Bius Sumbat Kemaluan Dalam Mulut Pesakit Wanita Ketika Proses ‘Czer’ Nak Beranak

Viral di media sosial Twitter baru-baru ini mengenai seorang pakar bius yang didakwa melakukan perbuatan tidak senonoh terhadap seorang pesakit wanita ketika sedang menjalani pembedahan Caesarean atau Czer di sebuah hospital di Brazil.

Menurut laporan International Business Times, pelaku yang dikenali sebagai Giovanni Quintella Bezerra itu dipercayai melakukan perbuatan tersebut selepas memberi ubat bius kepada mangsa.

Advertisement

Malah, ketika kejadian, suami wanita berkenaan turut diminta keluar dari bilik tanpa sempat melihat bayi yang baharu dilahirkan.

twitter

Difahamkan, pihak pengurusan hospital telah memasang kamera untuk memantau tindakan Bezerra berikutan bimbang mengenai jumlah ubat diberikan kepada para pesakitnya.

Namun, pihak hospital terkejut setelah melihat rakaman itu yang mendedahkan perbuatan lelaki terbabit ketika doktor lain melakukan pembedahan caesarean di belakang tirai.

Suspek dilaporkan melakukan serangan itu selama hampir 10 minit.

doktor

Apa yang lebih mengejutkan, Bezerra turut didakwa melakukan serangan seksual sama terhadap dua lagi pesakit wanita lain pada hari berkenaan.

Jelas laporan itu, pihak polis kini sedang menyiasat sama ada dua wanita berkenaan turut menjadi mangsa serangan.

Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.

atm
5 bulan lalu

(VIDEO) "Guna Habis Duit" - Kad ATM Tercicir, Si Pencuri Sakan 'Shopping' Barang 'Skincare'

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Tinggalkan Komen Anda Di Sini

Loading...