Pada acara 3 meter papan anjal wanita peringkat akhir Sukan Olimpik Tokyo 2020 yang berlangsung beberapa hari lepas, harapan atlet terjun negara, Nur Dhabitah Sabri untuk menghadiahkan pingat kepada negara tercinta punah.
Dia menamatkan aksi terjunannya di tempat keempat dengan kutipan mata 326.15 di belakang atlet China dan Amerika Syarikat.
Sumbangan pingat buat negara yang dicintai pastinya menjadi harapan setiap atlet yang bertanding di Sukan Olimpik Tokyo 2020 ini.
Namun begitu, mereka juga tidak dapat lari daripada melakukan kesilapan ketika perlawanan yang mampu membatalkan hasrat mereka untuk meraih pingat.
Raih 0 Markah Akibat Gagal Imbang Badan
Viral baru-baru ini di Tiktok, sebuah perkongsian klip video yang memaparkan terjunan atlet dari Mexico yang gagal mengimbangkan badannya dalam temasya Sukan Olimpik Tokyo 2020.
Klip video tersebut telah mendapat 350,000 tontonan dan telah menjadi perbualan hangat warganet.
Insiden tersebut telah mencuri perhatian seluruh dunia kerana atlet bernama Arantxa Chavez Munoz itu dilihat tersasar dari platfrom papan anjal secara tiba-tiba sekaligus gagal mengimbangkan badannya.
Dia terpaksa lompat kedalam kolam dan akur dengan markah ‘0’ yang diberikan oleh juri.
“Saya akan cuba buat bapa bangga dengan saya”
Arantxa Chavez Munoz mengakui dia turut teruja kerana dapat kembali beraksi di temasya Sukan Olimpik Tokyo 2020 selepas penantian selama 9 tahun.
Di Instagramnya, dia turut berkongsi rakaman latihan terakhirnya di Pusat Akuatik Tokyo yang memaparkan aksi terjunannya yang cemerlang.
View this post on Instagram
Namun agak menyedihkan apabila dia turut mendedikasikan saingan di temasya Sukan Olimpik Tokyo 2020 ini kepada mendiang ayahnya yang menemui ajal beberapa bulan lepas.
Menurutnya, dia akan cuba membuat mendiang bapanya bangga dengan prestasinya di pertandingan ini.
Pendapat anda? Kongsi bersama kami di Facebook dan Telegram AmazingNara