Meskipun dikecam hebat oleh Fazura, Vii Narza atau nama sebenarnya Nur Atiqah Annuar ada menyimpan hasrat untuk menjadikan pelakon filem Langit Cinta itu sebagai duta perniagaan tudung beliau yang dibina kecil-kecilan sejak tahun 2008.
Kalau ditakdirkan saya berjaya dan dapat butik sendiri, kenapa tidak kalau saya ambil Fazura jadi duta saya? Apa salahnya sebab semua orang nak jadi macam Fazura, dia sangat cantik.
Saya memang tak ada masalah, sebab saya memang peminat dia dan jujur saya impikan dia dapat pakai tudung rekaan saya. Kalaulah betul dia pakai, saya sangat gembira sebab kita (bersama Fazura) dapat bekerjasama dengan baik.
Sedar isu KimK itu masih lagi diperkatakan sehingga kini kerana Fazura enggan memohon maaf atas salah faham beliau sendiri, Atiqah bagaimanapun berharap masyarakat tidak lagi memanjangkan perkata tersebut kerana percaya apa yang berlaku mempunyai hikmahnya tersendiri.
Minat saya pada Fazura, sejak dulu lagi. Saya selalu tengok filem lakonan Fazura, ikuti perkembangan dia dan sekarang walaupun kena hentam saya tak pernah membenci dia sebab saya sayang Fazura. Apa yang berlaku itu cuma salah faham dan tak perlu nak perbesarkan lagi. Kalau ada peluang nak jumpa dia secara peribadi pun saya tak ada masalah.
Ada hikmah dengan apa yang terjadi sebenarnya. Kesannya, orang sudah tahu perniagaan saya dan ada yang nak jadi stokis. Saya anggap itu rezeki buat saya.
Kalau Atiqah tidak kisah untuk bertemu empat mata dengan Fazura bahkan ingin mengambil beliau sebagai duta bagi jenama tudung beliau, apa pula kata Fazura? Adakah beliau tetap tidak mahu menyelesaikan perkara ini dengan baik?