Vietnam Cipta ‘Mesin ATM Beras’ Untuk Beri Beras Secara Percuma Kepada Golongan Memerlukan

Teknologi

Vietnam Cipta ‘Mesin ATM Beras’ Untuk Beri Beras Secara Percuma Kepada Golongan Memerlukan

Pelbagai berita mengenai ‘rakyat kelaparan’ di beberapa buah negara telah tular sejak kebelakangan ini. Hal ini menunjukkan, penularan wabak COVID-19 sangat memberi perubahan yang besar kepada ekonomi rakyat hampir di seluruh dunia.

Oleh itu, pelbagai bantuan dan subsidi telah dikeluarkan oleh kerajaan di sesebuah negara bagi membantu rakyat mereka yang amat memerlukan ketika ini.

Advertisement

iqbal
2 hours ago

Dah Lama Sabar! Iqbal Zulkefli Dedah Perangai Buruk Bekas Adik Ipar, 'Founder' Produk Terkenal - "Demi Allah Saya Ada Semua Bukti"

Hari ini dikatakan, Vietnam telah mengambil inisiatif baru yang kreatif dalam menyediakan beras secara percuma kepada rakyat mereka yang memerlukan, dengan mencipta ‘Mesin ATM beras’ di sana.

Mereka yang memerlukan beras hanya perlu menekan butang yang telah disediakan di mesin ATM itu.

Menurut sumber jumlah beras untuk ‘sekali tekan’ adalah sebanyak 1kg dan akan keluar melalui paip yang telah tersedia.

Gambar Hiasan
Gambar Hiasan

Ambil sedikit jika kamu perlukannya. Tinggalkan ia kepada yang lebih memerlukan jika kamu baik-baik sahaja.

Menurut Hoang Tuan Anh iaitu pencipta mesin tersebut, idea untuk mencipta mesin ini muncul selepas beliau melihat ramai orang menderma beras kepada yang memerlukan semasa wabak Covid-19 ini melanda.

Memandangkan beras adalah makanan ruji yang penting, ianya sangat bernilai untuk disedekahkan kepada mereka yang kurang bernasib baik ketika ini.

Gambar Hiasan

Gambar Hiasan

Gambar Hiasan

Ditengah-tengah menghadapi pendemik seperti ini, mendapat beras percuma setiap hari adalah sesuatu yang sangat berharga.

Setiap beg beras merupakan satu hadiah cinta.

Mesin beras ATM itu dikatakan akan beroperasi selama 24 jam.

Sumber

Sumber

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...