Vie Shantie Khan Luah Rasa Kecewa Dikritik Oleh Orang Ramai

Hiburan

Vie Shantie Khan Luah Rasa Kecewa Dikritik Oleh Orang Ramai

Selepas Datuk Eizlan Yusof mengeluarkan kenyataan bahawa beliau tidak mendapat sebarang respon daripada  bekas isteri Vie Shantie Khan untuk merujuk semula meskipun sudah 3 kali meluahkan hasratnya itu, Vie nampaknya menerima pelbagai kritikan daripada orang ramai.

Advertisement

Ada yang mengatakan Vie lebih memilih Zizan Razak berbanding Datuk Eizlan dan langsung tidak memikirkan soal anak-anak.

Malah, pelbagai lagi spekulasi yang timbul dan masing-masing membuat andaian tersendiri mengenai isu ini.

Tidak tahan dengan segala kritikan dan tomahan, Vie menerusi akaun Facebooknya telah meluahkan rasa kecewa dengan sikap sesetengah pihak yang menyalahkan beliau tanpa usul periksa.

Jelas Vie, tiada siapa yang merasakan apa yang beliau lalui sekarang dan ia menjadi hak beliau untuk merahsiakan hal peribadi beliau dan bekas suami.

Berikut luahan Vie :-

Innalillahiwainnailaihirojiun buat semua benda yang tidak baik telah kalian ucapkan.. Astagfirullahaladzim !! Berhentilah bercakap sesuatu yang kalian tidak pernah akan FAHAM.. dan berhentilah berbuat SPEKULASI SENDIRI !! Cukuplah dengan menjaga hidup masing2.. Janganlah sesekali kamu BERKATA sesuatu yang kamu tidak ketahui keadaan yang sebenarnya.. biarlah hal Kehidupan saya dan hal peribadi saya dgn BEKAS SUAMI menjadi hak kami untuk dirahsiakan krn ia bertujuan untuk menjaga aib masing-masing.

Bukanlah sesuatu yg anda lihat baik itu baik juga dimata orang lain jika ianya hanya mengundang keburukan. Begitu juga jika anda melihat perkara yg buruk bukan bermakna ia tidak melahirkan kebaikan kpd seseorang. Sebagaimana tuhan mengingatkan kita, apa yg kamu pandang dan dengar tidak sebagaimana yg kamu ketahui sebenarnya melainkan Allah maha tahu atas segalanya.

Janganlah menjadi penyumbang kepada kepincangan cerita kotor dari mana2 sumber yg membinasakan nama org lain. Kamu tidak diuji di mana tempat sya berdiri skrg dan kamu tidak tahu bagaimana sya lewati hari2 perit sya tanpa meminta bantuan dari mana2 pihak atau minta perhatian dr mana2 pihak termasuk bekas suami sya sendiri.

Semoga org yg beriman membaca komen ini akan faham dan takut bahawa Allah melindungi org yg teraniaya. Sya berdoa agar segala tohmahan, fitnah dan cacian yg dilemparkan ke atas sya tanpa usul akan dapat pembelaanNya. Lebih baik kita diam dr bercakap sesuatu yg boleh kembali kepada si pengucap. Wallahua’alam.

Bagus untuk menjaga aib bekas suami kerana ia tanda anda masih lagi menghormati Datuk Eizlan Yusof. Mungkin ramai yang hendak anda berdua kembali sebagai suami isteri, tetapi kami yakin Vie Shantie Khan tahu apa yang terbaik buat dirinya dan anak-anak.Wallahualam.

Sumber Berita : Facebook  Vie Shantie Khan

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...