Beautifulnara – Gosip Artis Malaysia Terkini

Hiburan

Tiga Kali Saya Cakap Tentang Rujuk, Tetapi Pihak Sana Tiada Kata Putus – Eizlan Yusof

Bertahun hidup bersama sebagai suami isteri dan mempunyai tiga orang cahaya mata, nyata bukan mudah untuk Datuk Eizlan Yusof menghakis perasaan kasih sayang terhadap bekas isterinya Vie Shantie Khan.

Malah, Eizlan merasa cukup tertekan dengan gosip percintaan Vie bersama Zizan Razak yang sedang hangat diperkatakan sekarang apabila di asak dengan pelbagai persoalan mengenai perkara berkenaan.

Advertisement

Mempunyai niat untuk merujuk semula dengan Vie, Eizlan bagaimanapun seakan putus harapan selepas Vie tidak memberikan sebarang kata putus meskipun sudah tiga kali aktor itu memberitahu mahu merujuk semula.

Saya akui ramai pihak seperti media dan orang luar sering bertanyakan perkara itu. Apabila terlalu kerap orang bertanya, ia menjadi tekanan sedangkan ia bukan urusan saya. Dia bukan lagi di bawah tanggungjawab saya dan bebas berkawan dengan sesiapa saja.

Rasanya sudah tiga kali saya menyatakan hasrat untuk kembali rujuk, tetapi pihak di sana tidak memberi sebarang kata putus. Fahamlah saya akan maksudnya.

Advertisement

Pada masa yang sama, Eizlan juga memberitahu beliau ada didekati oleh beberapa orang wanita, namun buat masa sekarang hati beliau masih belum terbuka untuk sesiapa pun.

Bohonglah kalau saya katakan tiada wanita cuba mendekati ketika ini. Kalau mereka datang sebagai kawan, saya layan, tetapi jika tengok caranya lain macam saja, saya akan cuba menjauhkan diri.

Terus terang, parut luka akibat penceraian itu masih bersisa dan belum sembuh sepenuhnya. Masih terbayang-bayang betapa perpisahan itu membuatkan hidup saya seperti orang gila. Keadaan diri tidak terurus, ditambah pula waktu itu perniagaan saya menghadapi masalah, lagilah ia membuatkan situasi semakin parah.

Diharap Datuk Eizlan Yusof dapat bertabah dengan segala ujian yang dihadapi, lagipun beliau sudah usaha sebaik mungkin untuk membetulkan semula keadaan tetapi kalau orang  tidak sudi apa lagi yang kita boleh lakukan?

Sumber Berita : BH PLUS

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawap langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawap anda sendiri.

Comments are closed.

Loading...

2020 © Nara Media Sdn Bhd. All Rights Reserved.

Sebahagian daripada kumpulan iMedia Asia.

To Top