Balu kepada Allahyarham Abam Bocey, Hidayah meluahkan rasa sebak apabila dia mendakwa terlihat kereta yang pernah dinaiki bersama arwah dahulu di jalan raya, baru-baru ini.
Kata Hidayah dalam sebuah video yang dimuat naik di akaun TikToknya itu, kereta itu penuh dengan kenangan kerana arwah suaminya membeli kenderaan jenis Toyota Vellfire itu ketika mereka masih bersama untuk keselesaan bersama.
Hanya tinggal kenangan kereta arwah suami. Bila Hamzah dah besar ini la kereta ayah. Ayah pernah cakap kereta ini untuk keselesaan anaknya.
Dalam pada itu, Hidayah turut memohon doa agar perniagaannya terus berjaya agar mereka sekeluarga dapat hidup senang.
Menjengah ke ruangan komen, ramai netizen turut tumpang simpati dengan hantaran Hidayah itu dan mendoakan yang baik-baik kepada balu pelawak terkenal itu.
“Insyallah ada rezeki kak. Kami rakyat Malaysia sentiasa doakan kesejahteraan keluarga akak.” komen seorang netizen.
Terdahulu, Allahyarham Abam Bocey atau nama sebenarnya Syed Umar Mokhtar telah meninggal dunia akibat dilanda demam panas dan meninggalkan seorang balu, Siti Nurhidayah Mohd Ali dan seorang anak lelaki, Syed Uthman Hamzah Al-Juffrey yang kini berusia 2 tahun.