“Cuma Dapat Satu ‘Job’” – Tertekan Hidup Susah, Ali Puteh Akui Sedia Berdamai Dengan Hidayah

Hiburan

“Cuma Dapat Satu ‘Job’” – Tertekan Hidup Susah, Ali Puteh Akui Sedia Berdamai Dengan Hidayah

Kecoh di media hiburan tidak berapa lama dahulu apabila krisis antara balu pelawak arwah Abam Bocey dengan adik iparnya, Ali Puteh menjadi sorotan di dada akhbar dan juga buah mulut netizen.

Setelah hampir dua tahun turun naik mahkamah berikutan saman fitnah yang difailkan Hidayah terhadap Ali Puteh, dia telah dituntut untuk membayar ganti rugi sebanyak RM60,000.

Advertisement

Dan semenjak itu, Ali mengakui kerjayanya sedikit merudum dan tidak menerima banyak tawaran kerja selain dibatalkan pada saat-saat akhir.

Kata Ali, dia hidup sukar dan hanya bertahan dengan wang simpanan sendiri bagi menyara kehidupannya sekeluarga.

Akui tertekan, Ali atau nama sebenarnya Syed Ali Mubarak Syed Mohd Ridzuan terpaksa kuat dan menganggap apa yang menimpanya kini sebagai ujian untuk memperbaiki mana yang silap dan salah.

Saya tidak mahu salahkan sesiapa sebaliknya meletakkan semua kesalahan kepada diri sendiri. Mungkin ini adalah balasan Allah terhadap dosa-dosa saya yang dahulu. Allah jentik saya dengan ujian sebegini.

Tambahnya lagi, dia juga bersedia untuk bersemuka dengan Hidayah bagi meleraikan segala dendam dan permasalahan yang dialami mereka sebelum ini.

Dalam pada itu, Ali berkata dia pernah didekati stesen TV bagi menjadikan kisah perdamaian mereka sebagai satu bentuk hiburan namun menolak.

Ada stesen televisyen yang mahu temukan kami, tetapi bagi saya jika mahu berdamai tidak perlulah diberitahu kepada khalayak. Biarlah saya lakukan sendiri.

“Dia juga boleh berjumpa saya untuk selesaikan segala masalah berkaitan dokumen bagi tuntutan faraid.” ujarnya lagi.

Ali puteh kalah kes saman fitnah
9 bulan lalu

2 Tahun 'Bergelut', Balu Abam Menang Kes Saman Fitnah, Ali Puteh Diperintah Bayar Ganti Rugi RM60K

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

3 Comments

  1. Anonymous

    June 3, 2022 at 1:16 pm

    TU LA.. RITU KEMAIN KOMPIDEN CAKAP BLAGAK… NK DAMAI KO DAMAI LA… DUIT TTP KO KENE BYR. LAIN KALI JGN ANGKUH

  2. cikfendi

    June 3, 2022 at 9:24 am

    good very good keluar tahi janggut

  3. vass

    June 2, 2022 at 7:15 pm

    Dulu bongkak.. skrg dh x de job baru nk berdamai..

Tinggalkan Komen Anda Di Sini

Loading...