(VIDEO)”Terima Kasih LHDN”- Rayuan BKM Ditolak Kerana Miliki Kereta 1.3cc, Pesakit Kanser Ini Luah Rasa Kesal

Kehidupan

(VIDEO)”Terima Kasih LHDN”- Rayuan BKM Ditolak Kerana Miliki Kereta 1.3cc, Pesakit Kanser Ini Luah Rasa Kesal

Baru-baru ini kerajaan telah mengumumkan mengenai tarikh kemasukan Bantuan Keluarga Malaysia 2022 (BKM2022) fasa 2 berserta bantuan khas sebanyak RM50 dan RM100 mengikut kategori yang mula diagihkan bermula semalam.

Namun begitu, ada rakyat yang tidak menerima bantuan kerajaan tersebut di atas sebab-sebab yang tertentu.

Advertisement

Seperti satu perkongsian video TikTok ini, seorang wanita mendakwa dirinya tidak layak untuk menerima BKM2022 fasa 2 meskipun dirinya kini menderita penyakit kanser tahap 4.

Malah, wanita itu telah merujuk kepada Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) berhubung perkara itu namun menurut agensi itu, dia tidak layak menerima bantuan kerana memiliki kereta berspesifikasi 1.3 c.c.

Menjengah ke ruangan komen, ramai netizen meluahkan rasa tidak puas hati dan ada juga yang berkongsikan pengalaman yang sama seperti wanita itu.

bkm ditolakSumber : TikTok  

Kata netizen, mereka telah diberi alasan yang tidak munasabah seperti memiliki kereta import dan berspefikasi tinggi.

Dalam pada itu, warga maya turut mendoakan agar wanita itu dipermudahkan urusan meskipun ditimpa ujian sedemikian rupa.

lauk caj rm1 kuah
3 years ago

(VIDEO) "Bayar Je Lah.." - Kena Caj Beli Lauk Kuah Semata-Mata, Lelaki Ini Persoal Tindakan Peniaga

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

SUMBER : TikTok

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...