(VIDEO) “Bayar Je Lah..” – Kena Caj Beli Lauk Kuah Semata-Mata, Lelaki Ini Persoal Tindakan Peniaga

Kehidupan

(VIDEO) “Bayar Je Lah..” – Kena Caj Beli Lauk Kuah Semata-Mata, Lelaki Ini Persoal Tindakan Peniaga

Keadaan ekonomi dunia yang semakin meruncing pada ketika ini pastinya memberi kesan kepada mereka yang mempunyai pendapatan rendah, peniaga barang makanan dan seumpamanya.

Terutama buat peniaga, mereka tidak mempunyai pilihan yang lain sama ada menaikkan harga barang, ataupun mengecilkan barang dagangan masing-masing.

Advertisement

Tular di media sosial baru-baru ini apabila seorang peniaga yang dipersoal kerana mengenakan caj untuk kuah makanan.

Dalam video TikTok itu, peniaga itu didatangi pelanggan yang ingin membungkus makanan namun keadaan menjadi sedikit kacau bilau kerana lelaki itu mempersoalkan keperluan dicaj untuk lauk kuah semata-mata.

Meskipun peniaga itu sudah memberikan penjelasan panjang lebar, namun pelanggan tersebut masih tidak berpuas hati.

Pada mulanya, peniaga berkenaan telah dikecam kerana meletakkan harga pada hidangan tersebut namun ramai yang membuat pusingan ‘u-turn’ setelah peniaga itu mendedahkan kuantiti kuah yang dibungkus hanya dicaj RM1.

kuah caj rm1 tiktokSumber : TikTok  

Netizen kemudian merasakan caj yang dikenakan itu masuk akal memandangkan bahan-bahan untuk memasak hatta kuah sekalipun sudah naik harga dan semakin mahal.

Aku bukan peniaga tapi aku faham kenapa dia caj kuah. Kadang pelanggan ambil kuah sampai kering, isi pulak ada lagi. Dah rugi kat situ. – netizen

Apa pendapat anda, kongsikan kepada kami di bahagian komen.

Ketua Pemuda Pas tengik wayang di KL
5 bulan lalu

“Tak Haram Pulak?” - Ketua Pemuda PAS Diselar Tonton Mat Kilau Di Kuala Lumpur Gara-Gara Kelantan Tak Ada Pawagam

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

SUMBER : TikTok

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

4 Comments

  1. Anonymous

    June 29, 2022 at 7:40 am

    Ceitt.. Berkira pnye org..aq zmn 2007 lagi, student.. Kuah tumpah.. Sanggup dtg blik kafe setelah tapau makann… Kne cas rm1.. Aq byr xbyk soal… W/u bgy student rm1 sgt sgt sgt sgt bermakna… Ko klu rse xnk kne cas… Ko beli air longkang je.. Ade perisa jgk..

  2. yumi

    June 28, 2022 at 3:18 pm

    dah la amik kuah je. bila org charge kuah tu, kecoh pulak. pikir la logik sikit, dlm dunia ni x ada yg free ye sekarang.betoi kata org atas ni, air kosong pun kena charge okay. kLaj x nk kena charge kuah tu, amik la dengan lauk sekali. adeh, itu pun org nk kena ajar.

  3. Kiah propa skit aje

    June 28, 2022 at 1:57 pm

    semua makan nak free je, kos modal peniaga keluarkan tu tak amik kira ke? kat tempat aku, makan nasi nak asing sambal sesenduk pun kena cas rm2, ini realiti bukan reka cerita

  4. Acik Kau

    June 28, 2022 at 1:34 pm

    Aih… kuah tu bukan air paip ang nak free naaa…. Air kosong pun kena caj… ko ghase? Kuah yg dibuat dari santan, rempah ratus, bawang2, gula, garam, caj letrik + air + gas memasak…. Tu bukan ongkos ka. Ko order air kosong dkt kedai mamak pun diorang caj paling tidak 30 posen segelas… ko rasa seplastik besar kuah tu takde nilai berbanding air kosong..???? Eh sentimental plak aku…. Sbb aku memahami situasi acik penjual tu.. kalau pakai otak yg dikurniakan, pasti kekecohan tiada berlaku…. Tapi sbb tak pakai otak di kepala tapi pakai otak di lutut…. Inilah akibatnya anattttt

Tinggalkan Komen Anda Di Sini

Loading...