“Tak Haram Pulak?” – Ketua Pemuda PAS Diselar Tonton Mat Kilau Di Kuala Lumpur Gara-Gara Kelantan Tak Ada Pawagam

Berita

“Tak Haram Pulak?” – Ketua Pemuda PAS Diselar Tonton Mat Kilau Di Kuala Lumpur Gara-Gara Kelantan Tak Ada Pawagam

Gara-gara penangan filem Mat Kilau,tular beberapa foto memaparkan Ketua Pemuda Pas, YB Ustaz Ahmad Fadhli Shaari yang didakwa telah menonton naskah arahan Syamsul Yusof itu di Kuala Lumpur.

Apa yang menjadi tumpuan dan kritikan netizen adalah apabila Fadhli sebelum ini telah menolak cadangan untuk membuka panggung wayang di Kelantan.

Advertisement

Ia sekaligus menjadi satu ironi dan ‘double standard’ buat rakyat Kelantan dan pemimpin mereka berikutan negeri yang terkenal dengan jolokan serambi Mekah itu tidak mempunyai panggung wayang semenjak 30 tahun yang lalu.

Berikutan itu, netizen merasakan sikap pemimpin politik ini sebagai satu sikap hipokrit.

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata warga maya meluahkan rasa tidak puas hati dan marah di atas situasi itu.

Di Kelantan, bila rakyat meminta untuk dibina panggung wayang, PAS kata ia haram. Tapi bila ahli PAS sendiri pergi menonton wayang di KL, tidak pula haram?

Ada juga netizen menganggap pemimpin politik ini sekadar hanya menunggang agama bagi tujuan meraih undi.

“Nak buat maksiat dalam ladang kelapa sawit pun boleh jadi.. wayang ni sekadar hiburan selingan golongan muda, hanya perlu pemantauan. Bila tiada hiburan sebegini maka mereka pun cari hiburan seperti dadah, rogol, dah itu cara yang ada untuk ‘berhibur’.” komen seorang netizen.

ismail sabri burberry
5 bulan lalu

"3 Bulan Gaji!"- PM Ismail Sabri Pakai Baju Burberry Bernilai RM6.9k Undang Kritikan Netizen

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

SUMBER : Twitter

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Tinggalkan Komen Anda Di Sini

Loading...