“3 Bulan Gaji!”- PM Ismail Sabri Pakai Baju Burberry Bernilai RM6.9k Undang Kritikan Netizen

Berita

“3 Bulan Gaji!”- PM Ismail Sabri Pakai Baju Burberry Bernilai RM6.9k Undang Kritikan Netizen

Di media sosial seperti Twitter umpamanya, ramai yang bercakap mengenai gaya pemakaian Perdana Menteri Malaysia, Ismail Sabri ketika dia berkunjung ke sebuah karnival yang diadakan pada hujung minggu lalu.

Kali ini, netizen memperkatakan mengenai baju merah berjenama Burberry yang didakwa berharga lebih kurang RM6,900 sehelai.

Advertisement

Dalam ‘footage’ video memaparkan Ismail Sabri beramah mesra dengan rakyat di karnival itu, beliau dilihat segak bergaya dengan baju berjenama mewah tersebut.

Namun begitu, netizen di media sosial memberikan reaksi yang kebanyakan negatif apabila mereka membandingkan harga sehelai baju yang dipakai itu dengan tangga gaji kebanyakan rakyat pada ketika ini.

Ramai yang meninggalkan komen bahawa rakyat kini tersepit dengan keadaan ekonomi negara yang semakin meruncing tetapi Perdana Menteri siap bergaya dengan baju mewah, malah dikatakan harganya mahal seperti tiga bulan gaji rakyat Malaysia.

Ada juga yang mempersoalkan maksud ‘Keluarga Malaysia’ yang sering dilaungkan di kaca TV namun tidak menyalurkan bantuan sepatutnya kepada golongan yang memerlukan.

Namun ada juga yang memuji Ismail Sabri dan berharap agar beliau dapat meneruskan perjuangan bagi memakmurkan negara.

Pakaian Ismail Sabri dipertikai
6 bulan lalu

"Baju Lembu Juga Dipilih!" - Netizen Persoal Pakaian Ismail Sabri, Anggap Tak 'Proper' Ketika Pertemuan Formal

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

SUMBER : Facebook

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

5 Comments

  1. sayank

    June 28, 2022 at 11:09 am

    dalam keadaan rakyat sedang mempertikaikan kepimpinan ni tak perlu lah nak bergaya mewah sangat. tahu lah menantu tu pereka fesyen.. tapi kemeja tu bukan menantu yang buatkan..

  2. anonymous

    June 27, 2022 at 7:52 pm

    pala boton ki mak

  3. Anonymous

    June 27, 2022 at 6:12 pm

    Bersangka baik. Mana tau, baju sponsor..err

    • anonymous

      June 29, 2022 at 5:15 am

      keluarga malaysia kononnn ini lah akibatnya kalau low IQ diberi kuasa…selagi ada duit selagi itulah habis di ‘MAKAN’nya ANAK BERANAK negara ‘PINCANG’ tak dipeduli lansung rakyat dianggap macam BEBAN

  4. anonymous

    June 27, 2022 at 5:12 pm

    ini pengaruh menantu gay dia tu nak berbranded konon tapi kerja kelaut makan gaji buta duit rakyat PM paling belagak dan pemalas

Tinggalkan Komen Anda Di Sini

Loading...