(VIDEO)”Tak Cukup Makan Lagi Ke Kat Bandar?”- Rakus Tarah Hasil Bumi, Wanita Orang Asli Ini Sindir Peneroka Tanah

Hiburan

(VIDEO)”Tak Cukup Makan Lagi Ke Kat Bandar?”- Rakus Tarah Hasil Bumi, Wanita Orang Asli Ini Sindir Peneroka Tanah

Tular sejak hari Jumaat apabila sebuah video memaparkan seorang wanita orang asli bertindak memarahi seorang lelaki dipercayai pekerja peneroka bergelar ‘Datuk’.

Dalam video tersebut, wanita itu tampil bersemuka dengan lelaki itu yang datang bersama beberapa orang untuk menjalankan tugas tertentu berkaitan tanah di kawasan kampung itu.

Advertisement

Berang dengan keadaan itu, wanita itu akhirnya bersuara mewakili suara orang asli yang lain.

Saya tak takut sebab saya tak pergi kacau orang bandar. Tak pergi kacau Datuk. Datuk yang kacau orang asli. Tak cukup makan ke lagi Datuk kat bandar?

Kita sebagai manusia, prihatin la sikit. Saya faham awak orang kerja. Datuk tu memang melampau saya cakap. Kita orang kalau buang kat sini, jangan cakap 1,000 ekar dia nak ambil, orang kampung, ni nak pergi mana?

Difahamkan, wakil pekerja Datuk itu telah datang menjalankan kerja-kerja mereka ke kawasan kampung orang asli itu  tanpa memberi notis awal seperti mana yang telah dijanjikan sebelum ini.

TwitterSumber : Twitter  

Turut berada ketika insiden tersebut beberapa orang lelaki dan wanita dipercayai penduduk kampung yang berdiam diri sambil melihat wanita itu memarahi lelaki itu.

Menjengah ke ruangan komen, netizen tampil memberi sokongan atas tindakan wanita itu yang berani bersuara melawan tindakan pihak tertentu yang didakwa rakus menjarah hasil bumi terutamanya di kawasan orang asli.

“Saya sokong akak. Hormati hak orang asli di Malaysia. Lawan habis-habisan orang yang tamak kekayaan dunia ni” komen seorang netizen.

wanita hamil kena ignore
2 bulan lalu

"Perut Besar Pun Buat Tak Nampak"- Penat Minta Tempat Duduk Dalam LRT, Ibu Hamil Luah Rasa Kecewa

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

SUMBER : Twitter

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Tinggalkan Komen Anda Di Sini

Loading...