Rasanya semua sedia maklum mengenai ‘priority seat’ untuk golongan tertentu seperti warga emas , orang kelainan upaya (OKU) dan ibu hamil dalam setiap kenderaan awam contohnya bas dan tren.
Wujudnya ruangan khas itu dalam kata lain adalah untuk kemudahan golongan ini namun seringkali diseleweng oleh mereka yang tidak patut menggunakannya.
Seperti satu perkongsian oleh wanita yang dikenali sebagai @ohroseeeee ini di TikTok, dia yang kini sarat hamil meluahkan rasa kesal dengan sikap segelintir orang yang menaiki tren pengangkutan awam Transit Aliran Ringan (LRT).
Bila duduk priority seat kenalah aware dengan surrounding, jangan ignorance sangat. Penat tau hari-hari nak minta seat.
Ada pregnant tag, perut besar pun diorang buat tak nampak. Orang tua lagi la kesian.
Apa yang membuatkan wanita ini bertambah kecewa apabila dia sudah memakai ‘pregnant tag’ pada beg miliknya namun tetap diabaikan oleh penumpang yang lain.
Menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen turut berasa kesal dan geram melihatkan situasi dalam LRT tersebut.

Kata netizen, ramai pengguna hanya mementingkan diri sendiri dan tidak memikirkan orang lain yang lebih memerlukan ketika menggunakan perkhidmatan awam.
Ada juga yang berkongsi pengalaman yang sama seperti Rose, seperti penumpang yang berpura-pura melihat telefon bimbit, ‘buat-buat tak nampak’ dan sebagainya.
Anonymous
June 27, 2022 at 2:29 pm
Kak, orang skrng dah bute. Lain kali ckp je kak. Macam mana akak jegilkan mata pun, dia akan buat tak tahu je. Skrng ni ramai dah otak tak bersambung. Maka terpaksa la kita cakap berkali2, sbb saraf dah putuskan. Masing2 kekurangan zat nutrisi, perlu diingatkan berkali2.
cLn
June 24, 2022 at 3:59 pm
Aku pun penah kena..elok je couple ni bercengkerama dlm LRT sambil awek tu bersila panggung dgn kaki besar kayu balak smpi org kena elak kaki dia lg..perut besar aku btol2 depan muka diorg buat tak nampak je..bkn taknak ckp mintak seat tp mcm dlm video tu laa..penat la setiap kali nk kena cakap..