(VIDEO”Semua Sebab Harga Barang Naik!” – Berebut Ikan Mabong 10 Sen, Pelanggan Rela Bersesak

Hiburan

(VIDEO”Semua Sebab Harga Barang Naik!” – Berebut Ikan Mabong 10 Sen, Pelanggan Rela Bersesak

Apabila melihat semula keadaan ekonomi negara sekarang ini yang sememangnya tidak menentu, tidak boleh dinafikan ada saja segelintir rakyat yang terkesan.

Oleh kerana itu, tidak perlu terkejut jika ada yang sanggup bertindak di luar jangkaan demi mendapatkan keperluan untuk diberikan kepada keluarga.

Advertisement

Seperti video yang tular di TikTok ini, situasinya amat mengejutkan ramai pihak apabila ia memaparkan pelanggan sedang berkerumun di bahagian ikan segar apabila mendapati harga yang diletak amatlah murah.

Difahamkan melalui video yang dimuat naik di platform tersebut, pasaraya Mydin di Tunjong, Kelantan baru saja memulakan operasi, jadi pengurus disana meletak harga yang amat murah sempena perasmian sehingga membuatkan pelanggan disana berpusu-pusu untuk mendapatkannya.

Meninjau di ruangan komen, rata-rata netizen bimbang akan situasi yang berlaku di pasaraya tersebut kerana gagal menjaga penjarakan sosial.

komen tiktok

Namun dalam pada itu, ada juga netizen berasa kasihan melihat pelanggan-pelanggan terbabit kerana berkemungkinan besar mereka terdesak untuk membelinya, lagi-lagi harga barang mentah ketika ini sering naik.

Selain itu, kami kongsikan artikel trending pada pautan di bawah.

polis trafik
2 years ago

(VIDEO) "Ini Baru Betul.." - Polis Trafik Sedang 'Escort' Beri Laluan Kepada 'Ambulance' Raih Pujian Netizen

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

SUMBER : TikTok

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...