(VIDEO) “Ini Baru Betul..” – Polis Trafik Sedang ‘Escort’ Beri Laluan Kepada ‘Ambulance’ Raih Pujian Netizen

Kehidupan

(VIDEO) “Ini Baru Betul..” – Polis Trafik Sedang ‘Escort’ Beri Laluan Kepada ‘Ambulance’ Raih Pujian Netizen

Terdahulu, kecoh apabila ada segelintir anggota polis trafik yang lebih mementingkan konvoi VVIP dengan menahan sebuah ambulans dipercayai dalam perjalanan membawa pesakit ke hospital.

Namun, baru-baru ini tular di laman Facebook, video memaparkan tindakan murni seorang anggota polis trafik yang memberi laluan kepada ambulans walaupun sedang menjalankan tugas telah meraih pujian netizen.

Advertisement

Menerusi hantaran tersebut, rakaman dashcam pemilik video dikenali sebagai Haniff Dazuki itu dapat melihatkan seorang anggota polis trafik yang sedang escort beberapa rombongan bas polis.

polis trafik

Secara tiba-tiba sebuah ambulans datang dan kemudian polis berkenaan dilihat mengarahkan kesemua kenderaan untuk beralih ketepi bagi memudahkan laluan ambulans itu.

Anggota polis tersebut kemudiannya dilihat mengiringi ambulans itu bagi memudahkan perjalanannya untuk sampai ke hospital.

Meninjau di ruangan komen, rata-rata netizen memuji tindakan anggota polis trafik itu dan berharap agar perbuatan baik seperti itu dapat diteruskan oleh pihak anggota.

“Ini baru betul sikap anggota PDRM, peka dengan situasi. Tak perlu lah backup VVIP sangat lain kali, fokus dengan tugas secara hemah dan adil,” tulis seorang pengguna Facebook.

“Terbaik abg trafik.. Tahniah. Harap anggota yang lain pun akan buat yang sama jugak nanti..,” tulis seorang netizen.

Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.

ambulans
2 years ago

(VIDEO) “Sekali Lagi Di Negara ‘Bolehland’”- Netizen Berang 'Ambulance' Ditahan Demi Beri Laluan Kepada VVIP

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

SUMBER : Kosmo

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...