Satu perkongsian daripada seorang wanita baru-baru ini telah mencuri perhatian warga maya apabila dia dilihat telah menghantar anak lelakinya ke sebuah sekolah antarabangsa di ibu kota.
Apa yang menjadi perbualan netizen adalah apabila wanita itu mendedahkan bahawa yuran tadika anaknya itu mencecah sehingga RM1.3 juta.
Tidak dinafikan, sekolah antarabangsa sememangnya menyediakan pelbagai fasiliti dan pembelajaran serta persekitaran yang lebih lengkap dan selesa, sesuai dengan yuran yang ditawarkan bagi setiap kemasukan pelajar.
Terbaru, wanita itu sekali lagi mengundang perhatian apabila dia menghadiahkan guru anaknya itu dengan barang mewah bernilai RM32,000 sempena majlis perpisahan.
Difahamkan, hadiah berupa rantai emas diberikan kepada guru kesayangan anaknya sebagai tanda saguhati sepanjang mendidik dan mengajar si kecilnya di sekolah.
Perkongsian tersebut ternyata telah meraih perhatian orang ramai dan ada juga yang ‘cemburu’ melihat hadiah yang diterima guru tersebut.
Wehhh kalau macam ni nak jadi private school teacher jugak lah! ?
Dia belikan hadiah RM32,000 macam RM32 yer… pic.twitter.com/wzSJAuPnW1
— ?Arifism? (@arfdy12) July 10, 2023
Resit wajib tunjuk, RM32k tu macam RM32 je bagi dia..
Seronoknya, nak tukar kerjaya lah nak jadi cikgu di International School.
Malah, ada yang berseloroh dengan mengatakan kesanggupan mereka untuk menjadi cikgu kepada anak wanita itu.
Dalam pada itu, ramai juga yang berdoa dan menyimpan impian untuk menjadi kaya bagi menyediakan keperluan pendidikan yang terbaik untuk anak-anak mereka.
Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.