“Nak Membongak Pun..” – Kononnya Buat Pembedahan Saraf Mata, Doktor ‘Kantoikan’ Alasan Nurul Zahid Hamidi

Kehidupan

“Nak Membongak Pun..” – Kononnya Buat Pembedahan Saraf Mata, Doktor ‘Kantoikan’ Alasan Nurul Zahid Hamidi

Awal minggu lalu, penampilan Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamid menjadi tumpuan apabila wajahnya sedikit berbeza terutamanya di bahagian mata.

Berikutan itu, banyak spekulasi mengandaikan Zahid telah menjalani pembedahan kosmetik namun dinafikan oleh anak perempuannya, Datuk Nurulhidayah.

Advertisement

Maklum Nurul, bapanya mengalami masalah saraf mata dan telah memudaratkan keadaan kesihatan Zahid.

Namun, perkongsian seorang individu ini di Tiktok yang kemudiannya dimuat naik semula ke Twitter ini pula menyatakan sebaliknya di mana dia  menganggap alasan yang diberikan Nurul adalah mengarut dan ‘membongak’ semata-mata.

Kalau nak membongak pun agak-agak la, jangan sampai nampak tak berilmu. Kalau saraf mata, dia bahagian dalam. Kalau tak melibatkan kelopak mata, datang awal-awal dah dapat tahu dah.

Ini siap buat lifting semua, kalau saraf mata kena buat bahagian mata kak, bahagian dalam, bukan bahagian kulit. Setakat aku belajar doktor lah, nak membongak pun lah, macam netizen ni tak belajar.

Terdahulu, Nurul menegur sikap netizen yang gemar memfitnah bapanya gara-gara penampilan terbaru itu.

“Buat muka buat apa, bukan ‘Super Star’ pun. Kalau sampai mudarat sebab saraf mata, kena la buat sesuatu. Tapi biasa la orang lagi seronok fitnah daripada tahu perkara sebenar.” ujarnya ketika ditemui media.

Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.

10 months ago

Mata Lebam & Bengkak, Zahid Hamidi Didakwa Buat Pembedahan Kosmetik?

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

SUMBER : Twitter

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...