Mata Lebam & Bengkak, Zahid Hamidi Didakwa Buat Pembedahan Kosmetik?

Berita

Mata Lebam & Bengkak, Zahid Hamidi Didakwa Buat Pembedahan Kosmetik?

Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi dilihat telah hadir ke Persidangan Pertubuhan Akademi Kebangsaan Biro Siasatan Persekutuan (FBINAA) Asia Pasifik ke 23 dengan memakai kaca mata hitam.

Namun, tidak lama selepas itu tular pula di media sosial beberapa keping gambar dan video yang memaparkan mata Ahli Parlimen Bagan Datuk itu yang kelihatan lebam dan bengkak.

Advertisement

Susulan itu, timbul dakwaan yang mengatakan Zahid Hamidi telah melakukan pembedahan kosmetik.

zahid

Tampil mewakili ayahnya, anak kepada Zahid iaitu Nurulhidayah menafikan dakwaan tersebut dan memaklumkan bapanya mengalami kerosakan saraf optik.

Bukan itu sahaja, Nurul turut memaklumkan bapanya juga perlu menjalani pembedahan sekiranya keadaan kesihatannya makin merosot.

Saraf mata dia tak function. Sebab tu mata dia jadi ‘jatuh’. Buat muka buat apa, bukan super star pun.

Tapi biasalah orang lagi seronok fitnah daripada tahu perkara sebenar.

Dalam pada itu, Nurul berkata bapanya masih dalam proses untuk pemulihan dan tidak berehat lama selepas pembedahan mata.

Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.

Anwar Haji hadi
10 months ago

"Ambil Mahathir Sekali" - Doakan Kematian Haji Hadi & Tun M, PMX Gesa Individu Mohon Maaf Dengan Segera

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

SUMBER : Mstar

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...